irhamna ya Rahman

perjalanan mencari keredhaanMu bukannya mudah..pasti wujudnya ranjau duri yang tak terjangkau oleh fikiran kita.. kuatkan hati kami Ya Allah..berkati kami..redhai kami..irhamna ya Rahman ya Rahiim..

Tuesday, September 8, 2009

keunikan tamar

Ramadhan kareem.. 17 Ramadhan 1430 H.. masih berbaki beberapa hari lagi peluang utk kita menyantap lazatnya Ramadhan.. moga kita sama2 tergolong dlm gol insan yang terpilih dan dipilh oleh Allah utk merasai lailatulqadar.. Ameen..

Semalam, terkedu saya menerima sms dr sahabat karib.. beliau disahkan menghidap Thalassemia Beta.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. dalam keghairahan dan kegembiraan membuat persiapan utk hari bersejarah, beliau didatangi ujian ini.. moga beliau tabah dan sabar.. "kita tahu awak kuat.. Allah tahu awak mampu.. sabar banyak ye sahabat.. sama2 kita berdoa yang terbaik..".. tolong doakan juga sahabat saya ni ye..

saya nak bawakan kisah tamar yg unik.. diceritakan dr krew rtm.. diambil dari salah sebuah YG..

Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).
Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .

Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.

" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar

Saturday, August 1, 2009

Konvesyen Pendakwah Negara 2009







Tanpa disangka2 kami mendapat jemputan dari Ustaz Zamri untuk menghadiri konvesyen ni.. lebih 400 peserta dari pelbagai NGOs, tokoh2 terkemuka (Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Fatma dll), wakil setiap universiti dan wakil individu yg hadir ke konvesyen ini.. bertempat di hotel Grand Season berdekatan Hospital Kuala Lumpur.. ramai mengatakan JAKIM memperuntukkan budget yg besar utk konvesyen ini.. hmm memang tak dapat dinafikan lagi2 bila melihat menu yg pelbagai bila time makan.. nyum nyum..


Selain input berguna yg kami dapat selama 2 hari 1 malam di sana, rupanya ada yang lebih menggembirakan saya.. hehe.. Allah mahu mempertemukan saya dgn Ustaz Tasmi' saya di Darul Quran dahulu..Ust Ehsan.. tak sangka ada jodoh berjumpa beliau di situ.. walhal sewaktu kami dalam perjalanan ke Cameron, niat utk menyinggah di rumah Ust di Rasa tak kesampaian disebabkan Ust ada urusan lain waktu tu.. kemudian jumpa pula k.chik dan ustzh zainora.. masing2 tak berubah.. sama je kecik comel macam dulu2.. hihi..tak sangka dah bertahun2 rupanya tak berjumpa.. Alhamdulillah..




Wednesday, June 3, 2009

You Complete Me...

Selamat Ulangtahun Sayang...

Terima kasih atas segalanya... Moga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita..

Lagu ni ditujukan khas untuk insan tersayang..

Betapa Engkau Menyintai
Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri
Selalu Kau Puja Diriku Ini
Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan
Apakah Sikapmu Tak Berlebihan
Aku Wanita Tak Sempurna
Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya
Saling Mengerti Dan Sudi Menerima
Kita Manusia Biasa

Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa
Saling Berpadu Hati Untuk Berdua
Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka
Seiring Denganmu Aku Bahagia
Genggam Jemari Dan Berjanji
Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

Thursday, May 21, 2009

rakaman apresiasi

entri kali ni memang sudah lama terakam di minda saya.. tetapi disebabkan batasan waktu dan tiada kemudahan internet.. lama saya pendamkan hasrat ni..


walaupun nampak seolah2 saya sedang berehat tapi sebenarnye fikiran sy masih sedikit serabut memikirkan thesis yg tak siap2 lagi ditanda.. huhu.. sementara free ni blehla nak wat correction (konon) tapi tak dapat2 lagi camane nak wat huhu.. apepun tggu jela tesis tu depan peti surat umah hehe..




sepertimana tajuk entri di atas.. jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih yg tidak terhingga saya tujukan pada mereka yg banyak membantu menjayakan majlis walimah saya hampir sebulan yang lepas.. hanya Allah saja yg layak membalas jasa kalian..



1. Mak, ayah, kakak2 yg dikasihi, wawa, abg2 ipar yg baik dan anak2 buah yg comel....
- masing2 punya peranan yg penting.. kaklong busy dgn arrangement utk doorgift.. angah.. hantaran la ape lagi.. dan yg paling penting pereka baju pengantin hehe.. boleh kata 80% idea tu dtg dr angah.. alang as my mak andam.. wpun sy tau dia agak nervous.. anyway thanks for ur surprise.. willing to top up for bigger muffin! thanks!! tak sangka betul.. wawa as multipurpose runner.. sume pun boleh wat.. cuma yg tak best a day before nikah demam la pulak.. terpaksa la biarkan dia landing seharian atas katil.. kehilangan sorg pekerja sgt2 terasa time genting mcm tu.. memang genting.. sampai besday ayah (30/04) pun sume tak teringat.. saya pun wish ayah lambat.. kul 2 pg 1 mei.. itupun br sudah pakai inai and dah nak masuk tido.. maaf ye ayah.. bukan luper sebenarnye.. tapi tak tersempat..




2. Kak AC and Mariah
dtg pg2 lagi dr kelantan.. hu.. terharu sungguh.. sahabat yg terawal sampai.. byk pertolongan mereka ni.. sampai kena jd driver la angkut2 org.. alhamdulillah mereka ni cepat kenal jalan.. hehe.. ye ke kak ac.. sekrg dah pandai kan jalan kaw umah saya ni hehe.. insyaAllah kenduri akak sy sampai.. tapi belah Azreen kot sebab hari Sabtu.. tapi sy tak bleh jd driver la kak.. sbb sy dah ade driver dah hehe.. kenduri Mariah bile plak ye..



3. Yati Wahab
sian sahabat saya ni.. naik bas smpai terlajak ke airport.. nasib baik tak ternaik flight.. huhu..tapi terlajak2 pun dapat jugak berkongsi rasa di masjid.. adala hikmahnye tu.. tapi yg sy terkilan sgt.. sy lupe sgt nak bg doorgift kt yati.. tak taula.. saya mati2 pk yg yati akan stay umah sebelah ngan kak ac n mariah.. malam tu time majlis khatam Quran siap bleh tny kak ac lagi.. "akak, mana yati.. tak turun ke?" huhu.. aper la saya ni.. teruk betul.. yati dtg dr subang jaya bukannye dekat.. sesat2 lagi.. hmm.. terkilan sgguh rasa.. esoknye sy kol yati baru rasa lega sket..sori ye yati..




4. sahabat2.. (aini, kimi, timah, rena)
cermin2 ku.. dtg jauh dr kuantan ni.. time kasih byk sudi luangkan masa dalam kesibukan presentations, reports n thesis write up.. tapi kalian masih boleh dtg.. wpun tak dapat habiskan malam terakhir bersama2.. tapi kehadiran kalian buat hati saya tepu dgn perasaan gembira.. tatap wajah shbt2 berikan sy sedikit rasa tenang sewaktu di masjid.. sy ingat lg..dulu di rumah kak ac selepas mghadiri walimah mek sue, saya anjurkan kuiz..minta semua org teka turn sape lepas sue.. tak sgka terkena btg idung sendiri..hehe.. wpun time tu rasenye takde sape kot yg naikkan nama saya hehe.. hmm siape sgka kan..




5. sbhgian clasmate diet (cik moon, miling, lina, ayen)
mak andam yg vogue.. huh.. cik muni.. time kasih byk ye.. tolong saya kelihatan anggun tp masih mgekalkan ciri2 muslimah hehe ye ke anggun.. apepun time kasih byk.. shbt2 sy ni pandai timing.. elok2 sy nak pakai tudung time tu la diorg sampai.. time nikah pun same.. rupanya bile tgk gmbr balik.. mrk ni smpai jadi komiti catering.. tak sgka betul..termasukla cik zahirah skali.. terharu.. dgr citer sampai ade org terlelap la kepenatan.. (cerita tu ditambah lg dgn bukti gambar.. diambil oleh mamarazzi miling hehe)

last but not least.. buat tetamu2 jemputan yg hadir.. Alfadhil Ustaz Zamri dan isteri, kakak2..sahabat2.. adik2.. sahabat lama skolah di Sabak.. hampir 10 thn tak jumpe tu.. dan ramai lagi.. tak tersebut saya.. syukran jazilan.. terima kasih yg tak terhingga.. doakan rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga.. ameen...

Saturday, May 16, 2009

Alhamdulillah.. syukur ya Allah..

Syukur al-Hamdulillah....Terima Kasih Tuhan...jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan serta memeriahkan majlis kami...semoga jasa dan pengorbanan kalian mendapat rahmat dari Allah swt....

suasana di Ladang Teh Boh....

Indahnya pemandangan ciptaan Allah swt...

hm......luasnya....

cantiknya pemandangan di sini....alam ciptaan Allah...


di Strawberry Farm, Cameron Highlands


singgah sebentar solat zuhur di DQ..menjengah memori lama..


bersama sahabat2 UIAM.. kenduri di Temerloh



sebahagian clasmate diet..

bersama keluarga baru...


selesai berarak

selepas akad di Masjid Bdr Br Salak Tinggi



semoga mendapat rahmat Tuhan....bahagia dunia akhirat..




Banner free..

Tuesday, April 28, 2009

Jemputan walimah yang mengenali saya











Thursday, April 23, 2009

Berjalan mentafsir alam

Alam ciptaan Tuhan penuh Hikmah
Bila difikir betapa agungNYA Allah
Langit tanpa tiang teguh tidak lemah
Memayung bumi linkaran cakrawala nan gah

Bila berjalan malam ku lihat bintang
Adakala bulan terang mengambang
Gemerlapan bintang cahaya membuatku riang
Alam maya ini penuh ketenangan

Mantafsir alam selangkah mengenal Tuhan
Mana mungkin ciptaan hebat dunia pencipta sebarangan
Kuasa Maha Agung yang ku mengabdikan
Tempat ku bermohon hajat dan keperluan

Baru ku sedar semua terbentang sebagai pengenalan
Mempromosi diri mengakui TUHAN
Diciptakan manusia agar kenal TUHAN
Beribadah mentadbir alam dengan acuan TUHAN

Ikut acuan TUHAN pasti selamat
Hidup berkat makmur terhormat
Menjadi bangsa bertamadun penuh nikmat
Di kenang sepanjang zaman orang berhajat

Wednesday, February 4, 2009

bertambah lagi mujahid...

tahniah diucapkan pd sahabat sy Nik Sumayyah.. selamat menjadi ibu pada 2 Februari 09 jam 3.15 am.. baby boy.. Syukur Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan Sue.. "10 minit je.. piung tubik anak!!" coretan dalam sms beliau.. haha.. tergelak besar sy.. terus terkenang ustaz zulaini or nama glemer yg kami bg 'ustaz z'.. beliau time ngajar slalu menyelitkan sound effect bahasa kelantan.. ish klakar betul bile ingat balik.. beliau la yg cerita.. bersalin dgn sound effect 'piungg!'.. mase tu kami semua takleh terima sound effect tu.. tak sesuai betul.. mcm senang je baby nak kluar.. hehe.. tak sangka akhirnya mek sue buktikan yg ustaz z betul.. sy tanya sue.. ape petua.. mudah je sue reply..

"petua? Bykan doa stat dr skrg.. sebelum kawin ni!"

Gulp! hmm betul.. doa dr skrg.. syukran sue atas nasihat.. hmm dua org shbt sy dah bergelar ibu.. siapa pulak lepas ni agaknye.. hehe.. sy teringat satu peristiwa di mana kami sesama banat nak cop anak masing2 utk jadikan menantu.. siap dgn strategi lagi supaya arrangement tu berlaku secara natural.. hmm tersenyum sy sorg2 teringat sume kenangan ni..

kpd sue dan es.. serta ibu2 yg lain.. selamat mengasuh dan menggilap permata berharga kalian.. pastinya kalian dah menimba ilmu menjadi ibu.. dan kerana kalian mampu.. sebab tu Allah beri amanah ni.. teringat sy petua Sayidina Ali dalam mendidik anak.. 3 peringkat yg perlu diambil berat..

1) 7 tahun pertama - layanilah mereka dgn baik..jadi kawan sepermainan mereka..
2) 7 tahun kedua - disiplinkan mereka.. bersikap tegas utk mendidik
3) 7 tahun ketiga.. jadi sahabat mereka...


p/s: bacakanlah doa jika bertemu bayi.. doanya sy pernah sebut dalam posting yg lepas2.. cium ubun mereka sambil mendoakan mrk..

Thursday, January 29, 2009

di sini..

Hari ni minggu kedua sy berpraktikal di hosp selayang.. masih cuba menyesuaikan diri dgn approach hosp yg fully computerized.. nak bace case note, tgk biochem value sume kena guna system.. terpaksala menempel ngan dietician yg ade sebab kami mana ade pwd sendiri nak log in huhu.. kat malaysia ni kalau tak silap 5 kot hospital yg fully computerized ant selayang, serdang, sg petani and tak ingatla lg 2.. biasala setiap benda ade pro n cons.. dalam best ade tak bestnye..

wpun dah dekat sgt ngan gombak.. tp x pernah lagi sy menziarah shbt2 di uia.. takde kesempatan.. walaupun weekend free tapi xfree pun sebab sy terpaksa balik utk menguruskan byk urusan yg tak selesai lagi.. lagipun cuak jugak bila tau sorg classmate sy kena langgar belakang on the way nak balik dr gmbak.. time tu kul 11 malam n dia sorg plak tu.. Alhamdulillah dia tak berhenti n terus pecut balik umah.. skrg ni bahaya.. byk dah kes rompak yg kononnya nak negotiate sebab dah terlanggar.. pecah gak la bumper kawan sy tu.. and terbaru ni.. mak kawan sy diragut kat stesen minyak time keluar dr keta utk gi beli brg.. di gombak jugak!! ish menakutkan betul kawasan ni..

di saat sibk dgn kerja2 tuntutan akademik ni.. sy rindu suasana sibuk di uiam kuantan.. sy rindu gelak tawa sahabat2.. usikan adik2.. meting2 yg kadang2 tegang.. kuliah n tazkirah dr ustaz2.. berusrah.. berprogram dan mcm2 lagi la.. sy dah mula rase kehilangan walaupun tak grad lagi.. situasi skrg seolah2 intro kepada alam kami selepas grad.. kena ada inisiatif utk cari semua ni.. jgn tunggu dtg bergolek.. sebab mmg takkan dtg.. kita yg kena pegi cr..

itu je la stkt ni.. minta tlg shbt2 hulurkan doa utk kami di area selangor n kl ni..okla..case presentation perlu disiapkan huhu.. esok kena present ni depan semua dietitian and ketua jabatan.. wallahu a'lam..

Wednesday, January 7, 2009

CONDEMN ISRAEL!!!


MARILAH RAMAI2 KITA MENYERU SAHABAT2 SEAKIDAH TURUN UNTUK MEMBERI SOKONGAN BANTAHAN SERANGAN ISRAEL TERHADAP SAUDARA KITA DI PALESTIN

TARIKH: 9 JANUARY 2009

MASA: SELEPAS SOLAT JUMAAT

TEMPAT: DATARAN KULLIYYAH OF MEDICINE

TEMA PAKAIAN: HITAM DAN PUTIH

DIGALAKKAN MEMBAWA SEPANDUK DAN KAIN RENTANG

HEBAHKAN KEPADA WARGA UIAM KUANTAN!!!

Wednesday, December 24, 2008

Salam perjuangan...

Fikirkan sejenak

Cuba fikirkan sejenak memori
Bagaimana peristiwa tsunami dan gempa bumi
Seakan memusnahkan alam pertiwi
Tanpa diduga sinaran mentari

Rupanya gerhana di siang hari
Mengingatkan kita akan kelemahan diri
Manusia biasa yang memerlukan ILAHI
Agar sentiasa bersyukur dan tidak berbelah bahagi

Sejarah sering berulang kembali
Detik Hari Natal menanti
Kebanyakan bencana terjadi
Antara 23-28 bulan Desember ini

Adakah kebetulan atau rencana ILAHI
Kerana murka akan fitnah manusiawi
Bahawa TUHAN tidak beranak sendiri
DIA wujud SEDIAKALA KEKAL BERDIRI SENDIRI

Lalu dihancurkan sebahagian bumi
Lalu menjadi gempa yang sakti
Dikeluarkan isi gunung berapi
Tsunami berlaku meranabkan bumi

Maka berkatalah bijak pandai bestari
Ini terjadi kerana pergolakan dalaman bumi
Lumrah alam fenomena semulajadi
Tidak ingat langsung kepada PenCIPTA ILAHI

Sangat murka bila mengatakan DIA Beranak
Kerana DIA TUNGGAL KEKAL SEDIA KALA tanpa beranak
Maka goncangan bumi sebagai tanda di agak
Agar manusia kembali insaf dan berTAUBAT sejenak

Monday, December 22, 2008

Lafazkan sayang...

Entri kali ni dah lama tercipta di minda saya.. sejak dari perjalanan pulang ke kampus UIAM sebaik sahaja selesai meng'collect' data utk research yg saya jalankan di rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, Alor Akar..

perasaan bercampur baur.. gembira sebab dapat data yg diperlukan.. tapi jauh di sudut hati.. rasa sedih melihat nasib kanak2 di situ.. macam2 jenis kanak2 di situ.. ade yg tak pernah jumpa mak ayah langsung.. tinggal di situ dr bayi.. ada yg membesar dengan elok tapi dikuarantin tak leh main dgn kawan2 lain sebab HIV.. ada yg baring je menunggu masa.. yg buta huruf pun ade wpun dah besar panjang.. adik tu tak dapat disekolahkan sebab bukan warganegara dan susah nak dapatkan sijil kelahiran.. hmm macam2 la lagi.. daripada situ timbulla satu perasaan syukur yg teramat.. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.. kita masih punya ibu, ayah, adik beradik yg sayang pada kita.. didampingi insan yg mencintai kita.. punya sahabat2 seperjuangan yg kasihkan diri kita dan selalu mengingatkan kita.. diberi peluang oleh Allah dapat menuntut ilmu hingga ke menara gading.. dikurniakan nikmat sihat tubuh badan.. terkedu saya sewaktu membaca emel sahabat yg memberi perkhabaran ttg sorg senior muslimin sekampus yg aktif dgn gerak kerja Islam kini hanya boleh terbaring tak berdaya.. perlu gagahkan diri wpun utk membuka mata.. hmm.. sama2 la kita berdoa beliau diberi kesabaran yg tinggi dan diberikan yang terbaik oleh Allah..

hmm kesimpulannya.. bersyukurlah dengan nikmat tak terhingga yg Allah beri.. jgn cepat melatah dgn ujian yg diberi.. ramai lagi yg diuji lebih lagi dr kita.. kalau kita rasa result exam kita sgt teruk.. ade lagi yg lebih teruk dr kita.. jgn cepat rase down.. jadikan kegagalan sebagai permulaan kejayaan.. naihat ini utk diri sy lebih2 lagi.. bersyukur juga kerana Allah kurniakan di sekeliling kita insan2 baik yg penuh dengan kasih sayang.. hargai mereka.. sayangi mereka.. lafazkan sayang sebelum terlambat...

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yg setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati andai esok dah ditakdir
Tadi Subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila berjauhan barulah merindu di dada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Jika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan
Kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Hulurkan kemaafan
jgn sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yg terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yg tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahiri
Andai esok takkan hadir

Lihatlah saja isterimu berkorban sepenuh nyawa
Demi menjalin kebahagiaan anak dan suami tercinta
Buktikanlah padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta
Andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yg terakhir

Friday, December 19, 2008

Kembara hidup

Kembara menyelesuri hidup ini
Terkenang kisah silam yang sunyi
Mengingatkan kita kebesaran ILAHI
Yang menakluki kehidupan ini

Bila ditanya kenapa berlaku
Mengapa ia begitu
Bila sampai ke situ
Bagaimana ia berlalu

Kita akan melata
Macam terjadi sengketa
Jangan kita lupa
Allah TUHAN kita

Punyai segala
Perancangan yang ada
Baik buruk untuk kita
Yang penting berusaha

Hidup akan tenteram dan bahagia
Jika doa, usaha ikhtiar tawakal dibawa
Menjadikan kita tidak lupa
Peranan manusia menjadi hamba

Hamba sifatnya MERENDAH DIRI
Tidak takabur kepada ILAHI
Akan TAAT SETIA tidak terperi
Mengangkat martabat diri sendiri




Wednesday, December 17, 2008

Hati

Seluruh benda ada hati
Bahkan yang hidup mesti ber 'hati'
Hati manusia sering mati
Kerana hendak ikutkan hati

Maka ramailah yang mati
Ubat hospitalpun diberi
Hati tetap sakit tidak terperi
Lupa akan hakikat diri

Bila mana hati tidak dipatri
Dengan IMAN dan TQAWA sekali
Menyebabkan manusia lupa diri
Seakan dunia ku miliki

Namun pabila hati bersih
Unggul dan tidak tersisih
Menjadi masyarakat bertindih
Tembus akhirat nan kasih

Ia ibarat raja yang memerintah
Memiliki kerajaan yang bermegah
Pengikut rakyat jelata yang petah
Taat setia mengikut perintah

Tak kala diserang musuh
Perisai dan tombak dihubuh
Hulubalang pun bersimpang siuh
Ingin berjasa dan tidak mengeluh

Mengingatkan kita akan bersarnya
Peranan hati manusia
Membentuk peribadi dan senjata
bilamana sering disiram dengan baja

Hati yang bersih perlu semaian
IMAN dan TAQWA sebagai pakaian
Agar mudah megikut Qalam TUHAN
Menjadi manusia ikut ARAHAN

Tuesday, December 16, 2008

Poligami

Artikel ni diambil dr blog ummusaif.. sy tertarik dgn fakta2 di bawah.. terus minta izin pd ummusaif utk diselitkan artikel ni dlm blog saya..

kata Ummusaif, artikel ni hasil dr kupasan buku "Bahagiakan dirimu dengan satu isteri" karangan Ustaz Cahyadi Takariawan

Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun.
Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dengan puteri Abu Jahal.
Kata Baginda,
“Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara keras, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar lewat dan terdengar suara pertengkaran mereka maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Nabi SAW keluar dan Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang menunaikan solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Apakah pantas kamu melakukan ini?” (HR. Muslim).

Daripada buku Aisyah Keunggulan Sebenar: Kisah di atas diriwayatkan oleh Muslim. Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian nabi masuklalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab”. Nabi segera menarik tangannya. Aisyah dan Zainab bertengkar dengan nada yang tinggi. Pada masa itu azan juga berkumandang. Abu Bakar yang sedang menuju ke masjid terdengar pertengkaran Aisyah dan Zainab. Abu bakar pun berkata, “Wahai pesuruh Allah, marilah kita ke masjid, lemparkan pasir ke mulut isteri-isterimu.” Nabi Muhammad pun keluar bersembahyang, Aisyah dengan cemas berkata, “selepas pesuruh Allah bersembahyang, mesti Abu bakar akan datang memarahiku.” Selesai sembahyang, Abu bakar benar-benar datang lalu memarahi Aisyah dengan keras, ‘Mengapa anakanda melakukan hal itu kepada pesuruh Allah?”

Kisah yang lain di apabila Aisyah cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, bahawa Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim: 1-4)

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yg Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yg lain (daripada Hafshah).Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.

Kisah Nabi Ibrahim iaitu kebencian Sarah terhadap Hajar sehinggakan Nabi Ibrahim terpaksa membawa lari dan meninggalkan Hajar di kawasan yang terpencil, jauh dari Sarah. Ibnu Abbas menceritakan, “Perempuan yg mula-mula mengenakan minthaq (pengikat pinggang) adalah Ummu Ismail (Hajar). Ia memakai minthaq untuk menghilangkan jejaknya terhadap Sarah.” (HR. Bukhari)

KESIMPULANNYA:
Rasulullah berpoligami bukan untuk tujuan cinta atau seks dan nafsu. Baginda berpoligami setelah berumur 53 tahun dan semua isteri Baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah. (Ada juga ulama mengatakan Maryam, seorang wanita mesir juga salah seorang isteri Nabi. Beliau seorang perawan dan melahirkan seorang anak, namun anak Nabi tersebut meninggal ketika bayi).

Anak-anak Rasulullah dibesarkan dalam suasana monogami. Ini satu fakta yang majoriti kita terlepas pandang akan hikmah dan rahsianya. Hanya Fatimah sahaja yg masih hidup sehingga waktu Rasulullah berpoligami. Itupun Fatimah sebenarnya seusia dgn Aisyah (sudah dewasa) ketika itu.

Kisah di atas menunjukkan para Ummul Mukminin juga wanita biasa yg mempunyai perasaan yang fitrahnya ada sifat cemburu. Allah sama sekali tidak memadamkan sifat sebenar mereka daripada al-Quran utk kita ambil iktibar. Jika para Ummul Mukminin yang mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat-sifat wanita fitrah kita?

Begitu juga tatkala Rasulullah pada asalnya cuba memujuk isteri baginda masa bila baginda berjanji untuk tidak akan ke rumah Zainab lagi, tetapi telah ditegur dan dinasihati oleh Allah SWT. Bayangkan Rasulullah sendiri membuat kesilapan tetapi mempunyai Allah dan para malaikat untuk memberi petunjuk secara terus dan telus. Siapa pula yang mampu menegur kita?

Rasulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan Fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dengan mana-mana poligami yang salah atau tidak kena tujuannya. Kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh diperkecil-kecilkan.

Disebut di dalam Quran, poligami Rasulullah di 10 tahun pemerintahan baginda yang penuh dengan peperangan dan penjajahan kawasan di mana pada zaman ini ramai janda dan balu. Tetapi, di dalam al-Quran dan Hadis tidak ada secara literal menyarankan atau menggalakkan poligami hanya disebabkan jumlah wanita ramai secara umum.


hmm.. sy pernah ditanya, boleh ke menerima poligami.. kalau suami nak kawin lain.. bg tak? sampai sekarang sy tak dapat bg jawapan yg firm.. pd saya selagi tidak berada betul2 di situasi tersebut, tak dapat nak bygkan boleh ke tak boleh.. jadi sy ambil keputusan.. tak perlula brjanji itu dan ini.. nanti takut2 ade yg mengungkit pulak di kemudian hari.. wallahu a'lam...

Sunday, December 7, 2008

Aidiladha yang berbeza...

Hampir 2 bulan saya tak mengepost di sini.. banyak perkara mengejut berlaku dalam hidup saya.. Alhamdulillah semua dapat ditangani dengan baik =) ...


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Sesungguhnya Kami telah memberi mu (Muhammad) nikmat yang banyak
Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah
Sesungguhnya orang-orang yang membencimu dialah yang terputus (dari rahmat Allah)
AL-KAUTHAR

di kesempatan ni, nak ucap selamat hari raya pada sume sahabat2.. bersama menghayati nilai pengorbanan.. byk contoh yang bleh diambil.. antaranya: pengorbanan siti hajar.. ditinggalkan suami di tengah padang pasir yg tandus.. bersama anaknya.. saya teringat pengalaman menunaikan ibadah umrah tahun lepas.. sewaktu menunaikan ibadah sa'ie.. yang jauhnya di luar expectation saya.. terfikir2 saya sepanjang perjalanan.. tabahnya siti hajar! mampukah kita mencontohi kesabaran beliau..


hmm mood Aidiladha kali ini sungguh berbeza.. kerana apa? biarlah rahsia hehe..

Tuesday, October 28, 2008

Perjuangan & Pengorbanan : Irama dan lagu?


Wahai hamba yang beribadat di dua tanah haram
Kiranya engkau melihat keadaan kami
Nescaya akan engkau sedari betapa ibadatmu hanya mainan dan sia-sia

Sebagai orang yang mengalir air mata di pipinya
Maka di tengkuk-tengkuk kami mengalir darah-darah kami

Perjuangan dan pengorbanan adalah dua perkataan yang tak boleh dipisahkan. Umpama irama dan lagu, sentiasa bergerak seiring sejalan, jika tiada salah satu, maka tidak sempurnalah yang satu lagi. Tidak keterlaluan jika ana katakan perjuangan dan pengorbanan ibarat sepasang kekasih yang saling memerlukan, seperti iman dan amal yang saling melengkapkan. Acapkali kita mendengar ustaz-ustaz di dewan kuliah menekankan bahawa hidup ini adalah perjuangan.. tetapi perjuangan yang bagaimana? Jihad qital? Jihad hawa nafsu?



Perjuangan adalah tuntutan akidah.. sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘sesiapa yang mati sedang dia tidak berjuang dan tidak pernah berniat untuk berjuang maka matinya adalah mati Jahiliyah.’ Kepentingan berjuang juga turut digambarkan di dalam petikan syair di perenggan awal artikel ini. Syair Arab tersebut dinukil oleh Abdullah Ibnu Mubarak dan ditujukan kepada Fudhail bin Iyadh seorang abid yang tekun beribadah siang dan malam. Ucapan ini menyebabkan Fudhail tersedar, langsung mencampakkan tasbih di tangan dan bangkit mengambil pedang utk berjuang bersama Abdullah Ibnu Mubarak. Ternyata, perjuangan ini sangat penting jika dibandingkan dengan beribadah semata-mata.



Bagaimana pula dengan diri kita sahabat-sahabat? Adakah kita sedang berjuang sekarang? Jika benar, keluarkan bukti-bukti pengorbanan yang kita lakukan dalam merealisasikan perjuangan kita ini. Masa tidur kita? Wang ringgit? Tenaga untuk naik ke KOM utk meeting secara adhoc? Ataupun mungkin kita sedang khusyuk ‘beribadah’, dalam konteks semua perkara yang dilakukan adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah, termasuklah study. Semua sedia maklum, situasi sekarang bolehlah dikatakan seperti waktu kecederaan. Seminggu sebelum exam bermula.. uzlah akan bermula di setiap bilik.. panggilan jihad sayup-sayup kedengaran.. hanya tinggal kita dan diri kita.. tepuk dada tanya iman.. wallahu a’lam..



Seruan untuk sahabat-sahabat final year, peluang kita utk berjuang di kampus masih berbaki satu sem lagi.. harap kita dapat pergunakan sebaiknya.. perasaan yang sama timbul kembali.. perasaan sedih dan bimbang.. perasaan sewaktu khatam Quran di DQ dan sewaktu Ustaz tasmi’ menggugurkan hukum wajib utk kami menghadiri kelas iadah di kampus kuantan.. rasa kehilangan satu pressure yang memastikan kami sentiasa melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.. situasi yg sama.. akan terlepas dr kawalan manusia.. Cuma kekuatan diri akan mengingatkan kita mengenai kawalan Allah.. Moga kita semua thabat dalam perjuangan ini.. InsyaAllah..



Seruan untuk semua sahabat2, manfaatkan 5M dalam kehidupan seharian.. InsyaAllah hidup akan menjadi lebih baik.. peringatan untuk diri ana juga.. Muraqabah, Muhasabah, Mu’aqabah, Mu’ahadah, dan Mujahadah.. Selamat menduduki peperiksaan dunia kepada semua.. bittaufiq wan najah!!!

SALAM MUJAHADAH.. kerana BERJUANG ertinya BERKORBAN.. berkorban ertinya MENDERITA.. menderita ASAM GARAM PERJUANGAN!!

Sunday, October 5, 2008

Aidilfitri kali ini






Aidilfitri : Menggamit rindu pada yang tiada...

Genap setahun…

ditulis di kampong Bukit Acheh, Merbok, Kedah..



Selepas Asar 2 syawal 1429H, genaplah setahun pemergian tokwan ke perkampungan abadi.. rindu utk bertemu tok wan dilepaskan dgn mengunjungi pusara di masjid yg sudah dicop masjid ‘hijau’.. di tempat yang sama, telah terkumpul generasi keluarga kami yang terdahulu… Tok Ah yg kelakar, Tok Nek yg comel, suami Tok Nek yg tak pernah sy jumpa (meninggal dunia sewaktu ayah sy kecil lagi) AlFatihah untuk mereka semua…


Saya baru je tahu yang arwah tok wan rupanya tokey getah di kampung saya… pernah berkeras nak menghantar ayah ke sekolah pondok di kelantan.. tapi malangnya ayah ada 'agenda' lain di kl.. hmm rupanya byk lagi yg saya tak tahu ttg org2 kesyangan saya yg dah pergi… Arwah Tok Ah rupanya menghidap lelah (asthma) akibat bekerja keras membantu tok wan mengasingkan habuk kayu dr getah sekerap.. banyak lagi.. tak puas rasa nak sebut di sini..


Aidilfitri : penghubung silaturrahim

raya ketiga, kami sekeluarga ke rumah tok menakan utk kenduri arwah.. siap bertahlil dan menjamu hidangan.. saya dan adik pun tolongla mengemaskan pinggan mangkuk yg bersisa makanan tadi.. tup tup terpandang seseorang yg saya kenal.. YA ALLAH.. kawan sekolah lama.. Farah Zaidat (G-dat).. dia pd mulanya tak dpt cam saya.. agaknya byk yg berubah berbanding saya zaman sekolah dulu.. G-dat sekarang sudah bekerja di Sime Darby.. adiknya pun sy kenal.. malah lebih kenal.. Farah Zeehan.. Zeehan saya kenali sejak sy ting 2 di samt bt 38 sabak bernam.. sekarang sdg buat master di UPM.. mereka adik beradik rupanya adalah tuan rumah utk kenduri tahlil tu.. jadi apa maknanya? mereka tu dua pupu saya.. ish3.. tak kenal adikberadik sampai mcm tu skali.. saya balik kampung sekali sekala.. mereka pun lebih kurang jugak.. hmm macam tak percaya kami ni ada pertalian darah yg dekat.. lagi satu takleh lupa reaksi G-dat bila dia tahu sy tak hbs wat degree lagi.. huhu.. jeles plak bile tgk org dah keje n smbung master.. takpela.. rezeki setiap orang berbeza2 kan..


Aidilfitri : membawa berita gembira

tersenyum lebar saya bila dapat sms dr seorang sahabat baik.. dia telah dikunjungi oleh bakal insan2 terpenting dalam hidupnya pada raya kedua baru ni.. mg pertemuan dua keluarga secara julung kalinya itu menjadi titik mula ke arah ukhuwah yg lebih utuh.. tahniah sahabat.. dari jauh sy berkongsi kegembiraan ini.. bukan mudah utk diterima dalam keluarga baru dgn sebegitu baik.. rezeki awak sahabatku.. Alhamdulillah..

tak cukup dgn itu.. sy menerima satu lagi jemputan.. dr senior DQ sekampung.. wpun dr awal sem sy dah tahu.. tp bila jemputan dtg dr yg empunya diri sendiri rasa lain sket.. lagi2 bila dapat tahu sy antara yg terawal dibgtau dan beliau mewajibkan sy utk hadir.. 1 jan 09.. 'InsyaAllah ustaz, jika mampu dan berkesempatan.. ana balik kampung, ana akan datang..' mcm tu la lebih kurang sms yg saya reply.. tapi wpun sy tak dapat hadir.. doa sy akan mengiringi walimah ustaz.. moga ustaz dan zaujah bahagia hingga ke syurga dan thabat dalam perjuangan.. InsyaAllah..


Aidilfitri : menguji kesabaran

10 jam perjalanan pulang kami ke KL kali ini.. hampir dua kali ganda dr yg sepatutnya.. sesak teruk lebuhraya utara selatan.. bermula dr penang hinggalah penghujung perak.. setiap RnR sesak.. takde parking.. barisan utk ke toilet smpai ke blkg.. stesen minyak tak yah cakapla.. saya yang memang tak tahan dgn perjalanan jauh dah mula tunjukkan symptom yg pelbagai.. ditambah lagi dgn bau brg2 laut yg dibeli dr tanjung dawai.. aduhai.. memang menguji kesabaran! Alhamdulillah sy berjaya melawan.. kalau dulu, sayalah ratu waktu balik kampung.. ntah kenapa adikbradik lain takde pun yg mcm saya.. perjalanan takkan dimulakan selagi "kelengkapan" saya tak cukup.. saya tak akan makan benda berat sewaktu journey.. aircond pun tak leh buka.. hehe.. teruk betul kecik2 dulu..

apapun, saya perasan Aidilfitri kali ini mood nya berbeza.. mungkin ketiadaan yg tersayang memberi kesan.. tragedi pecah rumah pun ada menyumbang.. ditambah lagi beberapa personal matter yg menjadi lipatan sejarah saya..

entri ini sekadar luahan.. gambar tu pun takde kena mengena hehe.. sebelum sy menutup, marilah menyambut tawaran lumayan dr Allah.. Puasa 6 hari di bulan Syawal.. umpama puasa sepanjang tahun.. wallahu a'lam


Saturday, September 6, 2008

seruan Guan Eng

"Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun, marilah kita sama-sama mengamal 'AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini. Negara boleh terus maju dengan mengamalkan konsep itu kerana ia telah dibuktikan olah pemerintahan Islam" - Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang), berucap di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Permatang Pauh.


Lim Guan Eng sahabat sepenjara Mat Sabu.. sangat mengagumi cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.. bila ditanya bila beliau membaca buku2 tentang khalifah Umar.. rupanya beliau membaca sewaktu di dalam sel lokap.. buku2 tersebut dihadiahkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor.. Ning Baizura sendiri pernah memuji beliau dalam blognya.. kerana ternampak beliau yg hanya menaiki flight MAS kelas ekonomi utk urusan kerjanya.. bila ditanya mengapa.. jawapan yg sedia maklum.. beliau mahu mencontohi khalifah umar Abdul Aziz.. tidak menggunakan wang rakyat utk kepentingan diri sendiri..

hari ni beliau membuat kejutan lagi.. dengan berjanji akan membina Sekolah Agama Rakyat yg terbesr di Pulau Pinang.. hasil perbincangan sewaktu jamuan berbuka puasa bersama exco..

tidak salah rasanya utk mengimpikan pemimpin kafir seperti beliau memeluk Islam.. moga Allah memberi hidayah kepadanya.. Ameen..


Tuesday, September 2, 2008

budget gula-gula

seruan untuk semua sahabat2 utk menghayati budget 2009 yg dah dikeluarkan.. budget gula-gula.. menguntungkan rakyat kononnya..

1st day Ramadhan di rumah


hmm.. balik bercuti di rumah kali ni bukan main lagi saya bawa balik pelbagai kerja2 yg tertangguh dr kuantan.. huhu tapi malangnya setakat ni saya tak buka lagi satu pun drpd semua tu.. sebab?? sebabnya.. saya tak sampai hati tgk family members lain pulun prepare utk kedai kami..
utk pengetahuan, family saya telah eh akan membuka kedai di bdr baru salak tinggi.. kedai diberi nama 'baby Hannah & mom boutique'.. so, banyakla kerja2 yg tak setel.. tugas saya update database brg2 ke dalam sistem, wat coding yg staf friendly, interview staff n train diorg utk guna software tu.. hmm beban kerja semakin banyak..
tapi.. la budda.. sy kena gak luangkan masa for my independent study.. lagi2 hari jum lepas questionnaire sy telah direject oleh supervisor.. huhu.. jeles plak tgk shbt2 pharmacy yg tak perlu wat research utk grad ni..
lagi satu, software handphone sy mengalami problem, sy dah lost sume no contact.. so, if sy tanya balik or minta introduce diri jgnla terasa ye..
"Ramadhan adalah bulan perasaan dan ruhani, serta saat untuk menghadapkan diri kepada Allah. sejauh yang saya ingat, ketika bulan Ramadhan menjelang, sebahagian salafussoleh mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian yg lain sampai mereka berjumpa lagi dalam solat 'Eid, yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah, bulan untuk melaksanakan siyam dan qiyam" (Imam As-Syahid Hassan Al-Banna)

Wednesday, August 27, 2008

Marhaban ya Ramadhan...


Ramadhan datang lagi!!!


Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia untuk kita bertemu dgn Ramadhan utk ke sekelian kalinya.. mari lah kita berusaha utk mengambil segala peluang yg ada.. grab sebanyak mana pahala yg boleh.. utk bekalan kita jugak.. bukan sesiapa pun kan.. ramai yg sudah tidak berpeluang menemui Ramadhan yg akan tiba ni.. nasib kita masih tidak diketahui.. mungkin kita hanya dapat separuh.. atau mungkin seminggu.. mungkin dua hari or tak sampai sehari pun.. Allah Maha Tahu dan hanya Dia yg tahu ajal hamba2NYA..
seruan utk menghidupkan Ramadhan!! Puasa dengan sebenar-benar puasa.. menahan diri dalam erti kata sebenar.. aduhai.. mampukah saya? sepanjang bulan puasa ni akan berpraktikal di HTAA yg umumnya tahu dekat bangat dengan Kuantan Parade.. ahli grup saya dalam proses meng'list'kan tarikh2 yg best utk ke sana.. dalam kepala saya pun dah ada beberapa item yg termuncul.. hehe.. saya suka memberi hadiah lagi2 kalau melibatkan event2 yg best.. walaupun tabiat ni baik.. tapi dr sudut yg lain.. ada sedikit negatifnya.. huhu..
"puasa itu separuh drpd kesabaran, dan sabar itu separuh dr iman"
"awalnya adalah rahmat, pertengahannya pengampunan dan akhirnya pembebasan dari api neraka"
Selamat menjalani ibadah puasa.. =)

Tuesday, July 22, 2008

protes!!




Saturday, June 21, 2008

PROTES 2008: 6 Julai: Tarikh baru protes harga minyak

Ikhtibar

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya, baginya kebaikan yg diperbuat dan kejahatan yang diperbuat…

Sesungguhnya selepas kesusahan itu adalah kesenangan...

Dan KAMI akan uji kamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa raga dan buah-buahan. Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata ‘sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan'...


Saya sangat yakin dengan janji ALLAH.. saya percaya keluarga kami diberi ujian yg sebegitu kerana kami mampu menghadapinya… dan saya bersyukur kami diberi nikmat Islam dan iman.. di mana sebagai muslim kita percaya tujuan Allah memberikan ujian pada kita..’end point’ nya memberi refleks kebaikan pada diri kita sendiri.. samada ianya adalah kaffarah dosa2 kita yang lalu atau pun utk menaikkan darjat kita di sisinya.. sekiranya kita bersabar.. alhamdulillah.. moga2 akhir hayat kami juga dalam Islam..

Bukan mudah utk melupakan apa yg terjadi.. walaupun sudah hampir 3 minggu berlalu.. ditambah lagi dengan sahabat2 yg bertanyakan khabar lalu menuntut saya utk bercerita dari mula.. yg saya pun tak pasti ulangan yg ke berapa.. namun, saya tak menyalahkan mereka.. itu adalah salah satu tanggungjawab mereka sbg teman.. memberi perangsang jika sahabat dalam kesusahan.. Cuma diri saya sendiri yg masih dalam keadaan terkejut dan saya pasti ahli keluarga saya yg lain juga turut merasakan apa yang saya rasa.. (kecuali adik bongsu sy yg nyenyak tidur, hanya terjaga waktu pencuri mula bergerak meninggalkan rumah, menyangka lelaki2 indonesia tu datang utk membaiki rumah, ditambah lagi bila melihat saya yg elok bertudung..) menyaksikan sendiri aksi pencuri2 yg selama ini kita hanya tonton di kaca tv.. melihat mak, ayah, kakak2 dan abg ipar diikat dan diacu dengan parang bukanlah perkara yg boleh dilupakan sekelip mata.. ditambah lagi dengan ugutan utk mencederakan saya, adik dan anak2 buah yg menjadi salah satu sebab ayah sy sangat bersyukur kami tak diapa2kan..

Tak boleh disangkal, rompakan yg berlaku mengundang kesedihan, kemarahan dan ketakutan di hati kami.. anggaran kerugian lebih kurang RM 20 k.. bila difikir, rasa tak percaya yg kami pernah melalui saat2 membahayakan tu.. tapi lama kelamaan perasaan sedih makin mengurang lebih2 lagi apabila mendapat khabar yg menimpa seorang penyokong kuat gerakan Islam kaw Sepang dan keluarganya di Taman Mawar, Bdr Br Salak Tinggi.. genap seminggu selepas kejadian di rumah kami.. kebakaran yg berpunca dr litar pintas bukan sahaja mengorbankan harta tapi juga nyawa dua org anak gadis beliau.. anak lelakinya pula dalam keadaan kritikal di ICU.. saya sempat meninjau keadaan rumah mangsa yg tdak berapa jauh dr kawasan perumahan saya pd pg hari kejadian.. Innalillah.. memang hangus sama sekali.. tiada apa yg tinggal kecuali rangka rumah.. melihat dugaan hebat yg dilalui keluarga tersebut membuatkan kami belajar utk menjadi hamba yang sangat2 bersyukur.. membuang keluh kesah yg bersarang selama ini di hati kami.. tak dapat kami bayangkan jika musibah seperti itu berlaku pada keluarga kami.. mendengar jeritan meminta tolong tapi tak berkemampuan utk selamatkan mangsa sehingga tiada lagi jeritan si anak.. benar dan sangatlah benar.. Allah tidak membebankan seseorang itu melainkan dengan kemampuannya..


hari ni genap setahun lamanya dari tarikh saya menjejak kaki ke Tanah Suci.. Rindu semakin menggugat hati saya.. lebih2 lagi bila mendengar sahabat.. kak AC dan Azreen mendapat jemputan ke sana.. moga kalian selamat pergi dan pulang

Sunday, May 25, 2008


sudah terlalu lama saya tak mengupdate blog ni.. tak wujud alasan di sebaliknya.. Cuma yang pasti saya kurang berkesan mengurus kesibukan yang melanda diri saya dgn baik.. tak sabar rasanya nak menghabiskan practical yg berbaki 2 minggu lagi.. dalam masa yang sama saya kena all out utk project saya nanti… reports writing and slides presentation dah mula beratur menunggu giliran.. amanah baru yg tersandang sewaktu usrah cawangan berlangsung di rumah saya tak mampu lagi utk saya selesaikan dan terjemahkan ke dalam bentuk yg lebih ‘cantik’.. persediaan utk menghadapi sem baru masih lagi kucar kacir… hmm sy kena duduk dan bertenang utk menyusun kembali semua kerja2 saya mengikut priority..

tetapi dalam kecelaruan tu, sy masih lagi sempat mengikuti konvesyen para daie di gombak hehe.. konvesyen tersebut bertujuan utk memberi pendedahan kpd para du’at strategi2 utk mendekati remaja masa kini dalam membawa mereka mencintai Islam dan seterusnya menjadikan Islam as a way of life… 20 tahun akan datang.. golongan inilah yang akan menjadi pemimpin masyarakat.. pastinya cara mereka memimpin akan didasari dengan fikrah mereka yg ditanam sepanjang mereka mempelajari kehidupan.. jika tepesong fikrah mereka maka binasalah masyarakat Islam.. justeru itu, segala perancangan utk pentarbiyahan gol remaja harus dipandang serius oleh semua pihak…

saya mahu mengajak sahabat2 berfikir dengan lebih jauh lagi.. perasankah sahabat2 dengan generasi kecil yg ada sekarang.. anak2 kecil yg berumur dalam 3-9 tahun.. digalakkan utk menyertai rancangan2 hiburan yg tersedia di televisiyen..tak perlu saya sebut nama siaran utk kanak2 tersebut.. rasanye semua pun tahu kan.. anak2 kecil diajar menari, menyanyi malahan berpakaian tidak senonoh! Majority kanak2 tersebut berbangsa Melayu.. sedih hati saya lihat cara anak2 ini dididik.. pastinya mereka merasa apa yg dilakukan itu tidak salah.. kerana mendapat sokongan drpd ibu bapa yg mereka percayai.. dan keseronokan dunia yang mereka rasakan itu akan jd sebati dalam diri mereka dan mungkin akan menemani mereka sehingga mereka besar.. bak kata pepatah.. ‘melentur buluh biarlah dr rebungnya’.. yg paling sy terkejut dan tidak boleh terima adalah satu soalan yg ditanya oleh host kpd anak2 ni..

“ apa yg awak buat kalau jumpa lelaki/perempuan yg awak suka?”

Saya tak tahu atas motif apa soalan ini ditanyakan.. adakah utk menguji kreativiti kanak2? Pada saya, tidak sama sekali!!!

Dan yang memeranjatkan saya.. jawapan seorang kanak2 lelaki berumur 6 tahun..

“saya nak bawa dia pergi hotel”

Jawapan tersebut disambut dengan gelak ketawa hadirin yg gamat dan siulan nakal penonton studio.. beristighfar saya di dalam hati.. beginikah pewaris perjuangan yg kita harap2kan dapat menyambung jerih payah Rasulullah… kanak2 kecil diacu sebegitu rupa.. Al-Quran dan hadith sudah jauh tertinggal di belakang...

teringat saya pada ustazah kesayangan.. Ustazah Hamidah.. sewaktu menumpang di rumahnya selama seminggu di Tangkak.. jadi peserta tamrin huffaz!! sebaik shj km tiba di sana.. shbt saya bertanya.. "perasan tak..umah ustazah takde tv la.." .. saya pun terus melihat sekeliling.. betul!! sepanjang seminggu kami di situ.. saya kagum melihat cara ustazah menguruskan suami dan anaknya, Abdullah Fitri (Abduh).. walaupun umurnya waktu itu belum menginjak 3 tahun lagi.. tetapi bibirnya sentiasa mengalunkan zikir.. sebutannya tidak sefasih mana tapi bi'ah yg ditunjukkan Abduh menyentuh hati saya.. dia sentiasa membuka 'kitab'nya seolah2 membaca Al-Quran.. ustazah kata, perkataan pertama yg diajar pd Abduh dan berjaya disebut dengan baik adalah ALLAH!! Malahan, sewaktu mengandungkan Abduh.. Ustazah berjaya mengikuti 30 juzuk tamam solat terawih berjemaah di Mesir!! inilah benih acuan Al-Quran.. terima kasih ustazah kerana memberikan contoh dan peringatan kpd kami melalui akhlak ustazah yg terpuji.. dan maaf dipinta tak dpt memenuhi undangan ustazah utk ke tamrin huffaz tahun ini memandangkan kami sedang bergelut dgn final exam awal April lalu..

kesimpulannya, bukan sahaja remaja yg perlu kita titik beratkan.. tetapi juga golongan kecil molek yg sudah didedahkan awal2 lagi dunia hiburan kepada mereka.. hmm.. saya sedang berusaha mempraktikkannya pada 5 anak sedara saya.. menerapkan nilai2 Islam supaya terkesan dalam lubuk hati mereka..




Tuesday, April 29, 2008

religion bias??

hari ni alhamdulillah hari kedua bekerja di hospital putrajaya.. baru tau rase penatnye org keje ni hehe.. time ni baru menghargai zaman student.. kalau tak, selalu time nak exam mesti rase terbeban gile2 jadi student ni.. semalam first day keje after maghrib terus collapse.. hari ni dah ok sket..

antara task sy hari ni adalah interview patients regarding menu yg diberi oleh hospital.. ada byk subquestions antaranya ttg attitude staff, palatability, hygiene and sanitation dan lain2 la..

alamak..ayah nak guna pc pulak.. nantila sy sambung lagi..sy nak citer pasal experience discuss ngan patient foreigner kulit hitam yg rase hosp malaysia ni ada discrimination pd org christian cam die..

doakan saya dapat practical dgn baik dan bawa imej baik utk UIAM..

Saturday, April 19, 2008

samb TAWAKAL

ok.. alhamdulillah ada masa utk sambung balik...

saya cuma nak berkongsi satu kes yg terjadi waktu exam period hari tu.. mungkin ramai yg tak tau.. even student dalam kuliah tu sendiri.. apa agaknye ek...


ni cerita yg mengejutkan student uiam kuantan.. memang mencatat sejarah la.. pada yg dah tau tu mesti dah dapat agak.. memalukan pun ada.. bg yang sekuliah la..


bertempat di MPH (Multipurpose Hall).. 2 hb april.. waktu tu yg ada dalam tu just 3rd year Dietetics (paper Medical Nutrition Disease 2) ngan semua student 1st year allied (paper Biostatistics).. kami dikejutkan dgn satu tangkapan.. ada budak meniru! bak kata bro rahman.. bawa toyol masuk dewan exam.. dia siap bawak nota typing lagi.. yg tak tahannye.. muka dia tak cuak langsung.. saya terkejut ngan reaksi lecturer yg agak lenient.. amik notes and answer booklet then bg answer booklet baru.. sy menjangkakan student tu akan dihalau dr exam hall cam yg pernah terjadi waktu matrik dulu.. rupanya tak.. dengan muka tak bersalah boleh tanya lagi kat lecturer tu.. "nak kena buat balik yg mana ek..".. sabor je la..


Pulang dari exam.. sy dapat tau dr junior.. budak batch dia jugak.. ini kali keTIGA dia bawak notes masuk exam.. n kali ketiga gak kena tangkap.. Lagi dua tu paper Anatomy and Physiology.. berani tak dia??

Pada mulanya saya assume yg budak ni mesti sgt takut nak exam or sgt tak habis baca or sgt desperate sampai berani amik risiko utk meniru dalam exam… sy agak ni mesti tergolong dalam budak2 yg slalu prepare last minute..(mcm saya gak la tapi saya tak pernah meniru la ye) tapi rupanya anggapan saya ternyata meleset sama sekali…


Student ni adalah budak yg well participated dalam kelas.. selalu dok depan.. selalu siap awal keje2 sekolah.. memang selalu prepare awal before nak exam.. dari segi appearance nampak lemah lembut budaknya.. memang ramai tak sangka dia akan buat camtu.. kawan2 dia ramai tak leh nak terima perkara ni tapi still comfortkan or consolekan dia as diorang nampak dia perlukan moral support (personally saya tak setuju ngan cara kawan2 dia)

Bila disiasat, akhirnya kami dapat tau dari roommate dia yg dia tak yakin ngan usaha yg dah dibuat, dia cemburu ngan beberapa roommates dia yg selalu score dalam exam even prepare last minute.. setelah diapproach indirect, kami dapat simpulkan bahawa adik ni kurang rasa taawakalnya.. terlalu bergantung pada usaha semata2.. dan berfikiran usaha saja yg boleh merubah nasib dirinya.. betul kita perlu berusaha..tapi pada masa yg sama kita juga perlu bertawakal.. kesian adik ni..dia salah seorang scorers dalam kelas.. result exam sem 1 antara yg tertinggi.. sekarang rekod pencapaian dia yg membanggakan tu dah mula diragui gara2 3 kali ditangkap sewaktu meniru dalam exam baru2 ni..


pesanan utk adik.. gunalah masa berbaki 3 tahun lagi utk mengembalikan kepercayaan lecturers dan sahabat2 adik..


Sabda Rasulullah SAW: "Seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sebenarnya, nescaya Dia akan memberi rezeki kepada kalian sebagaimana Dia memberi kepada burung-burung, yang pergi di waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali di waktu petang dalam keadaan sentiasa kenyang." (At-Tirmizi, Ibn Majah dan Hakim)

TAWAKAL

hari ni genap 4 hari saya di rumah.. alhamdulillah selamat sampai dari kuantan dengan kereta kancil yg banyak buat hal.. beberapa fakta nombor yg berlaku sepanjang perjalanan:

1) tepat jam 10 pg bertolak
2) 5.30 ptg sampai rumah
3) 4 kali kereta bau hangit, pastu bila tgk blkg banyak asap keluar..
4) 3 kali berenti kat R&R (nak sejukkan keta)
5) 3 kali gak makan
6) sekali temperature naik sampai H!!
7) sekali simbah enjin dengan ayaq ais..

aduhai.. apapun saya n aini selamat sampai gak akhirnya.. maafla aini.. lain kali kita kena blajar teknik lompat dari kereta hehe..

apa yg saya cerita di atas sbnarnya selingan je.. ada benda lain yg nak sy sampaikan di sebalik tajuk tawakal tu.. nampaknye kena hold dulu.. ayah ajak gi workshop la pulak.. jumpa lagi nanti..

Monday, March 31, 2008

Gempar!!!

UIAM dah tak selamat??

first day exam.. di level 5 kuliyyah of medicine.. ada cubaan jenayah oleh part timer yg jaga exam.. mangsa ialah student final year.. kejadian berlaku di toilet female.. sebaik keluar dr toilet mangsa telah ditampar hingga terjatuh.. mangsa diugut dengan pisau dan diarahkan supaya tak menjerit.. fortunately, mangsa menjerit jugak.. and suspek ketakutan dan larikan diri.. penjahat tak minta duit or larikan brg2 mangsa.. so, rasa2nya apa agaknya yg dia nak??

Alhamdulillah penjahat dapat ditangkap di level 4 pada hari yg sama.. tapi polis takde cukup bukti sabitkan kesalahan dia.. instead mak dia defend dia n tuduh student tu goda anak dia (ade ke patut nak wat camtu time exam!!).. n yg memeranjatkan.. penjahat ada rekod mencabul..

so, harap pihak UIAM boleh kaji latar belakang seseorang b4 amik jadi pekerja..even part timer.. sian student tu.. trauma n lepas kejadian balik kampung.. dahla sekarang minggu exam..

so, to all girls.. berhati2 la tak kira di mana anda berada.. wallahu a'lam...

Monday, February 25, 2008

sebar-sebarkan

PERHATIAN kepada pegundi yang ingin TIDAK MEGUNDI BN !!! - Terutama kepada pekerja kerajaan.Anda jangan takut untuk TIDAK UNDI BN. Memang SPR (SPR=BN) boleh menyemak anda mengundi parti mana satu (jika mereka mahu berbuat demikian) melalui nombor siri yang dicatatkan di kertas undi anda. Biasanya nombor siri ini di tulis dengan pensel di penjuru kertas undi anda.Sebagai langkah berjaga-jaga. Caranya ialah SILA BAWA PEMADAM DAN PADAM NOMBOR SIRI TERSEBUT.Selamat Megundi.Tolong sebar-sebarkan.

RENUNGAN BUAT PEJUANG AGAMA ALLAH SWT.

UMNO ibarat layang-layang putus tali,
Nampak bebas ke atas ke bawah dan kiri ke kanan,
Akhirnya layang-layang ini akan jatuh ke sungai atau merempuh pokok dan musnah.

PAS mempunyai tali yang terikat dengan Allah,
Tali ini ialah tali taqwa.
Ia nampak seperti tidak bebas, tetapi ia tetap selamat.
Dengan ikatan itu, ia dinaikan di awal petang dan ditarik turun di awal pagi,
Ia disimpan dan dinaikan semula dengan selamat sampai bila-bila.

Demikianlah PAS berbanding UMNO/BN.
Satu parti yang tidak bertunjang, tidak berpancang dan tidak bertali.
Inilah parti kebangsaan yang sama-sama kita hadapi dalam Pilihanraya Umum (PRU) kali ini.

Pilihlah dengan cermat demi keselamatan dunia dan akhirat

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)p/s; Datangnya dari tangan beliau sendiri, sebarkan ke seluruh pelusuk alam dan segenap dunia. Sama-sama kita pertahankan Kerajaan Islam tunggal di Malaysia. Takbir!!

Thursday, January 24, 2008

Basyirah!!!


"sekarang baby tirah dah tak leh manja2 lagi, mak tok dah ada cucu baru".. itulah antara kata2 yg selalu diulang oleh kami sekeluarga pada athirah, setahun 3 bulan(gambar sebelah).. terkejut bercampur gembira bila dapat tahu angah selamat bersalin pd 15 januari 2008 bersamaan 6 muharram 1429H.. terawal 2 minggu.. doc kata 1 februari.. yg lagi best sebab dapat baby boy!! baby boy yg selama ini ditunggu oleh kami semua.. maklumlah..adik beradik semuanya perempuan.. anak2 sedara pun sebelum ni ketiga2 semuanya pompuan gak.. yang keempat ni baru dapat boy.. ayah kata..tak sabar nak tunggu baby besar sebab nak bawa dia gi surau sekali.. sian pulak saya dengar..yerla..mesti dah lama ayah tunggu saat2 mcm tu..tp malangnya takde anak lelaki.. takpe, pasti ada hikmah semua tu.. kalau ada adik beradik lelaki.. mesti saya tak dapat jolokan anak lelaki ayah..kan tak best tu..
masa kemas2 buku di rak kat bilik..terjumpa satu buku kecil yg saya bawa ke sana ke mari sewaktu buat umrah di Mekah dulu.. rupanya buku himpunan doa kiriman dari sahabat2 dan adik beradik utk dibawa ke tanah suci.. bila selak2..baru saya perasan angah ada kirimkan doa supaya dikurniakan anak lelaki.. Maha Suci Allah..alhamdulillah.. Allah kabulkan permintaan angah.. Moga mujahid yg baru lahir, Muhamad Amir Zakwan menjadi insan soleh dan dapat menyambung perjuangan Nabi SAW.. Allahuma Faqqihhu fiddin wa 'allimhu ta'wil.. amiin ya rabbal alamin..
p/s bila berjumpa bayi atau kanak2 kecil, moleklah kiranya kita usap ubun kepalanya sambil berdoa dan kemudian hembus sedikit di ubun tadi.. utk lelaki bc "Allahumma faqqihhu fiddin wa 'allimhu ta'wil".. kalau perempuan, "wa inni sammaituha maryama wa inni u'izuha bika wa zurriyyataha mina syaiton nirrajim"... WAALAHU ALAM

Tuesday, December 4, 2007

postmortem diri sendiri...

Telah saya isytiharkan..semalam adalah hari bersedih buat saya.. express sedih habis-habisan! walaupun natijah tu dah saya expect based on my bad performance.. cuma bila dah jadi kenyataan.. aduhai..sedihnyer rasa hati.. saya tak menyalahkan sesiapa ataupun kesibukan yg saya alami.. setakat yg sudah saya cuba cari gali di mana silapnya..hanya dua yg saya dapat..dan dua sebab tu boleh beranak pinak menjadi banyak.. pengurusan diri yg tidak teratur.. dan hubungan saya dengan beberapa pihak tertentu..

saya sedang mencari lagi kesilapan2 yg lalu utk dibuat sempadan.. learn from mistakes!! bg sahabat2 yg mengenali diri.. tolonglah saya dengan memberi petua2 utk bersihkan hati, motivasi utk naikkan semangat saya yg jatuh merudum ni.. segala pandangan sahabat2 amatlah saya hargai.. time kasih banyak..

Thursday, November 22, 2007

kenangan terindah...


Dah tersangat lama saya tak mengposting di blog sendiri.. macam2 seribu alasan yg dah tersedia di kepala saya ni.. antaranya kurang rasa semangat sebab template yg dulu dah takleh guna lagi..tak tau la pesal.. saya yang agak rabun bab2 ni just select template yg sedia ada.. nantila ada masa sy cari yg lain..
gambar di sebelah adalah gambar saya bersama arwah tok wan di Merbok 2 tahun lepas... arwah baru saja meninggalkan kami pada 2 syawal baru ni... sedih sangat mengenangkan banyak bakti2 sy yg tak tertunai lagi.. menghembuskan nafas terakhir pd jam 6.10 ptg dan disimpan malam tu jugak pukul 11 malam di sebelah kubur isteri tercinta (Tok Ah)... alhamdulillah pengurusan jenazahnya dipermudahkan Allah.. arwah tok wan seorang yg sekal dan bersungguh2 melakukan sesuatu dalam hidupnya.. kitab2 peninggalannya sangat banyak.. setiap kali kalau nampak kami tgh belajar arwah mesti akan berpesan.. " baca dan tulis.. baca, tulis... baca..tulis..' itulah kaedah terbaik utk menghafal.. dan arwah tok wan sendiri pun mengamalkan perkara yg diajar pada kami..
lagi satu, pemikirannya agak berbeza sikit dr kebanyakan org.. waktu saya membuat kerja dgn laptop, saya pasang bacaan Al-Quran..sbg halwa telinga.. (sebab sy tau arwah akan marah kalau sy psg lagu2 even nasyid).. rupanya pasang bacaan AlQuran pun dia tak setuju.. bila saya tanya kenapa.. dia kata ni akan buat anak2 muda malas mengaji dan mengharap pada cd2 atau kaset2 utk baca kalam Allah.. belajar melalui conference pun dia tak setuju krn katanya adab2 belajar salah satu adalah ber'talaqi'.. saya diam je dan berfikir ada ke org tak nak mengaji sebab tu.. balik hostel saya cerita pada kawan2.. minggu depannya sorg shbt dtg pada saya dan ceritakan ttg kisah adiknya.. bila dia suruh adiknya mengaji...si adik tak nak.. dan suruh kakak pasang bacaan Quran di komputer.. shbt sy terus teringat kat tok wan sy ni.. betulla apa yg arwah tok wan cakap.. kdg2 bila berada di toilet..dgr perbualan kawan2..'eh, dah masuk waktu solat ke?'.. n ada yg jawab..'dah..dah..laptop dah azan..' hmm time tu terus teringat tok wan.. kalaula dia tau..mesti arwah tak setuju.. mgkin kedengaran agak konservatif tapi inila pndgan org2 lama..
dulu waktu kecik2 cuak nak balik kmpung.. sebab nanti mesti kena 'test' ngan arwah tok wan.. mgkin sebab dalam adikbradik saya..saya je yg skolah agama.. antaranya..arwah akan amik satu buku arab tanpa baris n suruh sy baca.. dia nak tgk betul tak saya baca ke pakai hentam je.. lagi.. dia kan test vocab arab saya.. hmm bila ingat2 balik rasa sayu.. saya sgt beruntung ada datuk macam ni.. hargailah setiap insan yg berada di sekeliling anda.. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu anhu..

Monday, September 17, 2007

Bersua kembali...

genap sebulan lamanya saya tak meng'update' blog ni... entah kenapa saya mengalami sindrom 'lack of interest' dgn internet selama beberapa minggu.. bukan itu sahaja bahkan appetite saya turut berkurangan.. sahabat2 sebilik mengklasifikasikan saya berada dalam state of depression.. huhu..depresskah saya? sebenrnya takdela depress sangat.. tapi faktor utamanya adalah masa yg tak terurus dengan faktor sampingan lain yg tak boleh dipandang remeh iaitu exams... sehingga sekarang ada berbaki lagi 2 papers yg tak tahu lagi bila akan dibuat..

hari merdeka yang lepas, saya sekeluarga pergi bercuti ke terengganu... itu adalah trip pertama kami sekeluarga ke sana, even diri sy sendiri dah sampai beberapa kali..(berprogramlah apa lagi!) masuk sahaja daerah Marang kami dikejutkan dengan pesta bendera2 hijau putih yg terpasang sepanjang jalan.. memang rasa meriah sungguh.. rupa2nya malam itu akan diadakan (Himpunan Pemuda Islam Terengganu) HIMPIT dan malam esoknya ada ijtima' pilihanraya sekaligus penyampaian amanat dari barisan pimpinan parti di Masjid Rusila.. oleh sebab kami sampai pun hari dah gelap and chalet pun tak tau lagi mana letaknya, so ayah saya bercadang utk pergi program pada malam esoknya.. ramai betul org pada malam tu.. abg ipar n adiknya (yang saya tak tau stand mereka) pun terpaksa mengikuti ceramah.. kenala ikut ayah mertua kan.. dah lama saya tak merasai keadaan mendengar ceramah politik bersama keluarga.. kali terakhir rasanya sewaktu saya tingkatan 3 tahun 1999.. zaman sewaktu kecoh dgn isu anwar.. ijtima' diakhiri dgn ceramah dari Tuan Guru yg memberi pesan kepada kita supaya mengingati 2 perkara:

1) dunia dan segala isinya adalah milik Allah semata2.. kita hanyalah tetamu yg berkunjung sebentar.. diberi peluang menggunakan kemudahan yg disediakan sebaiknya.. dan kita semua akan dipanggil balik ke tempat asal kita.. tak perlu berbangga dgn apa yg kita ada.. kerana semua itu bukanlah milik kita..

2) dunia pasti akan diletupkan.. dunia pasti akan berakhir.. bersiap sedialah utk menghadapinya.. berbekallah!!

pada bulan Ramadhan yg mulia ini.. marilah kita memperbanyakkan amalan kita.. ini adalah bulan ujian di mana hanya kita dan nafsu yg akan bersaing... cabar diri kita.. adakah nafsu yg akan menang? setakat mana kekuatan diri kita? saya tertarik dengan kata2 'adikberadik' saya yang selalu dilontarkan.. RAMADHAN YANG SAMA.. NATIJAH YANG BERBEZA... ayuh.. memperingati diri dan sahabat2 lain supaya menjadikan Ramadhan kali ini penuh makna.. kita tak tahu apa akan terjadi akan datang.. mungkin kita tak akan bersua lagi dengan Ramadhan...

Friday, August 17, 2007

POA DnT

Seminggu sudah berakhirnya IIUM Kuantan Festival 2007 (I-Quest 07').. sebagai subcom kecil n observer yg tak diiktiraf.. boleh saya katakan yang objektif keseluruhan program tak tercapai dengan jayanya.. overall rating (1-5, 5 paling bagus) saya boleh bagi 2 je.. rate ni sy bg berdasarkan apa yg saya lihat, dengar dan rasa semasa menjadi committee.. saya rasa tak perlu kot nak explain further ttg rating tu.. sedih n menyedihkan..cuma just nak share plan of action dari kami wakil DnT setiap society hasil meeting 2 hari before prog.. resolusi yg kami buat:

1) bersikap lebih cakne ngan apa yg terjadi di sekitar uia (programs etc.)
- masing2 mengakui kesilapan tak perasan waheeda nak dibawa masuk walaupun sebenarnya dah ditulis pun kat banner n bunting.. pendokong agenda dakwah sepatutnya bersikap proaktif!!

2) memberi kesedaran pada warga kampus ttg suara wanita yg dilagukan itu aurat (pre-program)
- cara: sebaran risalah n person in charge nya saya.. tapi saya terpaksa sub pada ajk memandangkan kesuntukan masa..alhamdulillah dapat sebarkan setiap bilik.. (tapi sorry sgt pada DnT HEALS sebab ter'miss' letak nama korang..tak sengaja..)

3) menyatakan kekesalan pada pihak yg berkenaan supaya tak berlaku lagi perkara sebegini
- cara: memorandum.. harap2 PIC utk ni dah jalankan plan ni..

meeting pada mulanya rancak menjadi semakin "hot' bila ketegangan berlaku antara kami dan penganjur program.. sampai pukul 1 pg tu..

alamak.. saya sambung nanti la.. student radiography ada exam la kat sini.. wassalam

Thursday, August 9, 2007

I-QUEST 07'

Perasaan bercampur baur menantikan hari terjadinya I-QUEST 07 ni.. nama lainnya OPEN DAY.. rasa curious, rasa tak sabar nak tgk jd ke wat grand cam diwar2kan, rasa bangga sebab dapat perkenalkan uiam kuantan (tp sket je portion bangga ni), rasa takut nak hadapi 3 hari yg penuh dgn program yg pelbagai, rasa bertambah beban yg mesti dilaksanakan (kerja2 dakwah), rasa cuak nak tgk apa akan jadi pada warga uiam kuantan.. senang cerita macam2 rasa la.. dahla perasaan sedih and geram ngan apa yg terjadi time sports day ni tak abis lagi.. perasaan tu bukannya datang sebab HEALS asyik kalah main netball n basketball (hmm kecewa sikit ade la..) tapi lebih kepada students sendiri.. UIAM Kuantan seolah berubah rupa!! sedih betul.. dengan sisters yg tak hiraukan azan maghrib..boleh lagi try shooting ngan kawan2 dia..dahla basketball court tu kat blok brothers..campur dressing yg tak pernah lagi tgk bdk2 kuantan pakai.. bajut-shirt lgn pendek ngan sarung lengan..ikat tudung kat leher yg pastinya tudung tu tak menutupi dada.. plus lagi ngan brothers yg selamba tgk n bg smgt kat dak2 pompuan yg main..n lagi berlatih main sama2 laki pompuan.. konon la dak lelaki tu terror sgt so nak tolong ajar.. tu tak kira lagi couples yg bertebaran.. bila kita tegur bykla cakap2 belakang yg tak sedap didengar.. siap nak tunjuk kat stad lagi sebab katanya dress code tu stad dah approve.. aduhai apa nak jadi?? dulu UIAM Kuantan bukan macam ni.. rasa semakin berat beban dakwah yg terpikul ni..

tu baru introduction..sebenarnya nak cakap pasal I-Quest ni.. semalam final touch..saya terlibat gak tapi jadi komiti kecik2 je..komiti utk stall.. memang nmpakla sume komiti dah all out utk prog ni.. boleh kata ni supergrand punye plan..merancang dah bertahun tapi br dapat laksanakan.. impian sume especially komiti nak jadikan prog ni satu benda yg diingati spjg zaman sebab julung kalinya wat besar2an.. program ni seolah2 akan membawa perubahan besar di uiam kuantan..objektif utama to get people know the existence of UIAM di kuantan ni..macam2 method yg digunakan utk utk capai objektif ni antaranya: EXHIBITION, TALKS, STALLS, MEDICAL CHECK-UP, KAYAKING, ABSEILING, VARIOUS COMPETITIONS, SPORTS, TRADITIONAL SPORTS, FISHING, TOURNAMENT TAEKWONDO, NASYID COMPETITION and banyak lagi..and last but not least.. CONCERT!!

hmm dalam banyak2 methods tu..yg mana agaknya boleh mencapai objektif utama? tak sampai half pun.. n yang paling tak rational concert la apalagi.. perlu ke wat konsert utk bg org tau uia ni wujud? waheeda yg dijemput tu ikon UIA ke? konpius2.. bila kita suarakan..bykla alasan yg dilontar.. takleh nak batalkan nanti kena saman..kami dah bg rules n regulation pd waheeda utk dia patuhi.. artis lain sume mahal2 waheeda je ok.. km dah penat contact sana sini tolongla appreciate.. itula antara skrip yg diorang bagi.. yg lagi tak tahan tu boleh pulak 1-2 org bertepuk tangan lepas brother yg berkenaan bg explaination ttg konsert tu.. what is that for?? wuih..tercabar sungguh rasa.. saya rasa cam muka saya ditoreh dgn benda tajam..sakit dan menyakitkan..

so..apa action kita terhadap perkara2 macam ni? selama ni selalu kata kuantan takde isu yg boleh dimainkan sebab sumenya ok dan sufi sentiasa.. so, sekarang dah ada.. jom kita work out dgn something.. senang citer plan of action utk i-quest yg sangat2 hampir ni.. sy menyeru pada badan2 terlibat especially all Dakwah n Tarbiyah Bureau from all academic based societies.. include MRC as well.. marilah kita merangka sesuatu di dalam kemampuan kita since kita ditaklifkan utk memikul amanah ni.. jgn sampai bila kita ditanya apa sumbangan kita dalam amar ma'ruf nahi mungkar..takde jawapan yg boleh kita sediakan.. inilah tugas kita..Allah tak tanya macamana hasil..tapi Allah tanya apa usaha.. mg usaha kita mendapat rahmatNYA.. Ameeen..

Wednesday, July 11, 2007

Pengubat Rindu

Baru2 ni sewaktu saya mengemas pakaian.. tiba2 je sy terhidu satu bau yg wangi lagi harum dr tudung putih saya.. hmm cam familiar je bau ni..tapi ni bukanla bau perfume yg ada dlm simpanan saya..bau ape ek.. bila saya investigate and try memorize dr mana datangnya haruman tu..rupa2nya br sy teringat.. tu adalah haruman kelambu Ka'abah.. betul.. memang ada skali saya pakai tudung tu sewaktu mencium kelambu Baitullah.. sekarang tudung tu jadi peneman tidur saya.. sayang nak pakai sebab sayang nak basuh.. itulah pengubat rindu saya..

kesempatan yg ada ni..nak sy gunakan utk ucap terima kasih pada sorang sahabat yg memberi inzar pd saya malam td.. apa yg dicakapkannya mmg betul.. cuma saya masih menagih kekuatan dari Allah utk melaksanakannya.. walaupun pada mulanya hati saya agak tercalar..tapi bila saya pulangkan semuanya pada Yang Berhak.. teguran tu sebenarnya datangnya dr Allah.. sahabat hanyalah sbg wasilah..

Awan, terima kasih menjadi reminder bahawa kepulangan ke kampus bukan shj utk belajar ttp tak dapat tidak..untuk kita beKERJA.. semangat belajar mula berkobar2 bila dah dibasuh oleh lecturer baru ni.. nampaknya semangat BEKERJA juga perlu dibakar supaya api yg membara sama panasnya.. adakah perlu penyediaan kuliah? jawapannya perlu! InsyaAllah..perkara ni akan dipanjangkan.. moga2 apa yg dilakukan mendapat rahmatNYA..

Thursday, June 28, 2007

So much to say...


3 hari di Madinah dan 7 hari di Mekah meninggalkan satu memori yg tak mungkin dilupakan selama saya bergelar manusia… 4 hari sudah berada di tanah air, tapi hati ini sering teringat detik2 yg dihabiskan di sana… saya sentiasa berdoa supaya diberi lagi peluang utk menjejakkan lagi kaki di sana.. dan tentunya saya juga berdoa supaya sahabat2 juga dapat merasai apa yg telah saya rasa.. menatap Kaabah setiap hari menerbitkan rasa kagum, takjub, syahdu, rasa kerdilnya diri.. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Siapalah diri kita utk dibangga2kan.. saya masih ingat lagi kata-kata abg Idris ex-YDP DQ sewaktu sesi tazkirah di musolla.. “kenapa la kita perlu berlaku sombong di muka bumi ni..asal kejadian diri kita pun dari air mani yg tak bernilai..jika kita bungkuskan air mani tu dan cuba jual di pasar malam, nescaya tak akan ada sesiapa pun yg nak membelinya..betapa tak bernilainya kita..mengapa perlu sombong?”

berada di Tanah Haram menyedarkan saya tentang erti kesungguhan yg sebenar dalam melakukan ibadah.. kalau sudah betul2 tekad dan ikhlas..apa jua halangan tak akan menjadi asbab utk berhenti di tgh jalan.. apa halangannya? Kebiasaannya kesihatan, anak2 yg masih kecil.. hmm..saya terpegun melihat kesungguhan seorg ibu bersa’ie (yg memang jauhnyadi luar sangkaan saya) sambil mendokong anak kecilnya, ada yg jelas bengkak kedua belah betis tapi still bertongkat utk laksanakan tuntutan Allah..dan ada juga yg disorong dalam keadaan tak sedar diri atau maybe dia koma..ntahla saya pun tak pasti.. jika kita cuba lihat dalam reality masyarakat Islam di Malaysia..jauh betul..umpama langit dan bumi..even yg sihat pun masih berdolak-dalik utk ke Tanah Suci…

Alhamdulillah selama berada di Madinah, dapat 2 kali masuk ke Raudhah. Utk pgtahuan, Raudhah hanya dibuka 7-10 pg setiap hari..untuk muslimat.. hmm bayangkanlah org yg bersesak nak ke sana..ruang yg dibuka takdela sebesar mana.. di situ la pentingnya kesa baran.. utk lelaki bila2 pun boleh masuk..tapi masjid Nabawi tak dibuka 24 jam mcm masjidil Haram..kecuali 10 hr terakhir Ramadhan..kali pertama pergi Raudhah agak mudah, dalam pukul 9..mungkin sebab dah ramai org balik..kami boleh msk mcm tu je..yg kali ke2, kami gi awal sket dlm kul 730.. Subhanallah..ramai betul org time tu.. kami dikumpulkan mengikut negara.. ada wanita Arab yg jaga setiap kumpulan smbil pegang sepanduk.. di jubah hitam mrk ada cop masjid nabawi.. ‘BAHASA MALAYU’..itulah sepanduk utk kami..tapi bukan sj org msia yg berkumpul kat situ tapi ada 3 lg negara lain, Singapore, Brunei n Indonesia…lagipun sumenya nampak samer je dgn telekung putih..dalam stgh jam menunggu baru kami dibenarkan masuk..mmg sesak betul.. n kat situ jugak ada petugas2 Arab yg ditugaskan utk menghalau mrk yg sudah lama bermunajat di Raudhah..halau? wpun bunyinya kasar tapi mmg betul pun.. mrk ni mahir pelbagai bahasa, mungkin dah dilatih ataupun sbb terexpose hari2 dgn jemaah umrah dan haji.. kalau dgn kami yg bertelekung putih..mrk akan kata “ibu, keluar..ibu, belakang… ibu, duduk..ibu,sabar..” tapi mrk tak ganggu org yg solat..sesiapa yg berdoa mrk akan cuit or tepuk2 sambil suruh keluar.. yerla kalau tak wat camtu lagila sesak sebab pasti ramai yg nak bermunajat lama di Raudhah..satu2nya tempat yg mustajab doanya di Madinah..kdg2 terfikir mrk yg mjaga masjid nabi dan masjidil haram ni dr keturunan tertentu ke..jaga tempat yg mulia mestilah bukan sebarangan org… sewaktu salam wida’ utk Rasulullah..rasa syahdu sgt..moga ada peluang lagi utk ku ke sana..

Di bawah kubah hijau tu la terletaknya makam Rasulullah SAW...Ada byk lg yg nak dikongsi.. tapi lain kalila ni pun dah terlalu pjg.. wassalam

Wednesday, June 6, 2007

4 days to go!!

Tak sabar rasanya tunggu hari yg bersejarah... berdebar-debar!! rasa cam tak percaya pun ada.. diberi peluang untuk berada di rumahNYA..insyaALLAh kalau ade rezeki... 11jun ni akan menjadi tanggal yg tak akan dilupakan... minta sahabat-sahabat doakan saya, adik dan mak ayah diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah di sana..moga2 urusan kami dipermudahkan.. diberi kesihatan yg elok.. ini InsyaALLAH adalah yg pertama kali untuk saya..dan harap2 bukan yg terakhir..

persediaan? tak tau la cukup ke tak ni..yg paling penting kita kena betulkan niat..lillahi ta'ala..saya baca buku..di sana kena berhati2 dgn apa yg kita cakap.. macam2 boleh terjadi..kerana di sana adalah tanah suci! mungkin ada sahabat2 yg nak share experience bolehla citer kat saya.. utk dijadikan panduan dan iktibar..

pada sape2 yg ade nak kirim doa ke ape2 ke bolehla sms saya ye.. insyaALLAH sy cuba sampaikan dgn kudrat yg termampu..

LAMBAIAN KAABAH SEMAKIN MENGGAMIT DI HATI!!!=)

Monday, May 28, 2007

tanggungjawab sebelum tido

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyahjangan engkau tidur sebelum melakukan empatperkara,iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hariakhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.. .. Bagaimana akudapat melaksanakan empat perkara seketika? "Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidurbacalah :

1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kaumengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membaca selawat untukKu dan para nabisebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di harikiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin makamereka akan meredoi kamu.
4. Perbanyaklah bertasbih,bertahmid ,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

peringatan utk diri sendiri..biasanya kalau kepenatan..dah tak ingat ape dah..terus syahid.. cont terdekat..balik dr kenduri es..sangat penat..bukannya byk tolong sangat pun..penat berjalan hehe..moga kita sama2 dapat amalkan ajaran Rasulullah ni...

Monday, May 14, 2007

Distress or Eustress??

14 April 2007.. alhamdulillah dapat menghadiri walimah wani.. walaupun saya adalah org terakhir yg gi.. org jauh dah lama sampai..kita yg dekat ni baru nak kuar umah.. sorila wani..takpekan mencatat sejarah di dewan taman cempaka..caterer kena tggu 3 pinggan terakhir utk dikutip..hehe... apapun to wani n syafik..selamat pengantiun baru..moga bahagia dunia akhirat.. lagi satu, to kimi n nora..minta maaf sangat2..mula2 ingat tak dapat gi..pastu bile boleh pegi msg kimi tapi xsampai sms disebabkan masalah hset..sori ek.. nanti kita jumpa di umah es ek..jgn marah tau..

hmm es sekarang mesti tgh busy wat preparation.. es, tggu kehadiran kami ye..

dalam excited plan utk gi kenduri kawin kawan2 ni..saya dikejutkan dengan kematian tunang sahabat saya, fajariah.. tunangnya pulang ke rahmatullah pada 28 april.. lagi sebulan lebih sikit nak kawin..sepatutnya tarikh walimah mereka seminggu lepas es.. speechless saya baca sms yg baru dapat.. 'berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul'... marila sama2 kita doakan faja kuat dan sabar merima dugaan ni.. ujian ni tak lain tak bukan utk tingkatkan keimanan kita.. semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.. berbaik sangkalah denganNYA!!!

Wednesday, March 28, 2007

selamat berjuang

dah lama betul tak update... ni pun curi2 masa terluang yg ade..aduhai.. tensen ngan paper tadi..health care info system yg berbelit2 soalan mcq die tu.. cdg nak gi membuang ketensenan di com lab..rupa2 nya tutup..setiap kali gi sejak exam week ni asyik tutup je..ape tandanya? hehe..tandanya kena ke cc.. hmm melayang dua inggit.. takpe la bukannye selalu kan..sian gak tgk cc ni..kosong jer..ceh..

pada sahabat2 yg berhadapan dgn exam..hadapi la exam dgn tenang banyakkan selawat.. pastikan baca sume topic sampai abis.. jgn terhegeh2 pg nak exam tu baru nak abiskan.. adui.. tu sebenarnye pesanan tuk diri sendiri..tak serik2 nampaknya hidayah ni.. alhamdulillah ala kulli hal..boleh gak la jawab.. diharapnya cuti 3 hari sementara nak jumpa 4 paper lagi kena digunakan sebaiknya.. hish..bila la nak berubah ni.. kepada sahabat2 jangan la meniru aksi saya ni.. berbahaya betul..

selamat berjuang untuk exam.. dalam sibuk mempersiapkan diri untuk exam keduniaan ni..ingat lah kita ada satu exam yg nyata lagi terang telah dijanjikan Allah.. apa persediaan kita? last minute preparation?? nauzubillah!!! kalau nasib kurang baik disebabkan tak baca buku then kena repeat..(nauzubillah) pastinya kita akan sedih..sedih giler2..malu ngan kawan2, lecturers..mak ayah.. tapi kita diberi peluang utk repeat lagi subjek tu.. tapi malanglah bagi kita kalau fail dalam exam yg Allah janjikan tu.. merayu la macamana pun utk repeat.. masa dah tamat! kita tak akan dicampak kembali ke dunia utk kali ke dua.. hidup hanya sekali di dunia..buat sehabis baik! insyaAllah kita akan 'hidup' senang di 'sana'..

selamat berjuang sahabat2 ku.. bittaufik wan najah..

Friday, February 16, 2007

CERPEN: Surat untuk ikhwan

Assalamualaikum... cerpen ni diambil dari blog seorang sahabat dari paksi.net.. moga sahabat2 dapat sama2 ambil pengajaran..

cerpen ni menambah kekuatan utk saya bertegas dgn seseorang setelah 'mesej' diamnya saya not delivered as well as yg sepatutnya..pending di tgh jalan..kalau setakat pending blh tahan lagi..tapi bila ditambah unsur2 tak sepatutnya..saya jadi rimas..mungkin bg dia 'assukut alamatur ridha' or diam tandanya setuju.. walhal sebaliknya cuma takde kekuatan utk berterus terang!! Stlh baca cerpen ni..ditambah dgn tasyji' sahabat2..akhirnya..alhamdulillah..Allah jua segala sumber kekuatan.. La haula wala quwwata illa billah..

juga memberi kesedaran bahawa aktifnya kita dengan gerakan dakwah tidak memberi makna jika hubungan kita dengan Allah 'cukup2 makan' je..perlu berbeza dr org lain..kerana kita lain dr yang lain.. be different!!

bismillahirrahmanirrahim...
---
Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW sinyalirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.---Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.
---
“Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta’aruf dengan anti.”
---
Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu. Astaghfirullahaladz im. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke mana ghaddhul bashar-mu?
---
Akhifillah,
Alhamdulillah Allah mengurniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengemban risalah da’wah? Siapakah yang salah di antara kita?
---
####

“Adakah saya kurang menjaga hijab, ukh?” tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.
---
“Atau baju saya? Sikap saya?”---“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.
---
“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.”
---
“Termasuk diri saya?”
---
“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?”
---
Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.
---
“Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara baru kan ? Maksud saya dalam meng-cam akhwat di kampus.” Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing… .
---
“Apa yang diungkapkan dalam surat itu?”
---
“Ia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu.”
---
“Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi.”
---
“Ukhti…,” sanggahku, “Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar’ie?”
---
“InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain.”
---
Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keridhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?

---
####

Akhifillah, Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir sosok putera impian yang hadir dalam angan-angan. Semua kuserahkan kepada Allah ta’ala semata.
---
Akhi,
Tentunya antum pernah mendengar hadits yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.
---
Kalaulah ada yang mendapat keempat-empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita shalihah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan? Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma setakat fizik belaka. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Tempoh di luar rumah yang tinggi?
---
Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya’. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Saya yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.
---
Akhifillah,
Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, maukah ia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya belaka? Jawapannya, insya Allah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Faham?
---
Akhifillah,
Tubuh ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya. Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.
---
Akhifillah,
Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. (Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar rumah tanpa menimbulkan perhatian orang). Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai. Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk da’wah di luar. Ia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat shalatnya. Ia begitu khusyu’. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata. Dibaca Qur’an dengan terisak. Ia begitu tawadhu’ dan zuhud. Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)

---
####

Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum usai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.
---
Aida sedang diam dalam kekhusyu’kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.
---
“Ukhti, tidak solat malam? “ tanyanya lembut seusai melirik mata.
---
“Ya, sekejap,” kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. “Dzikrul maut lagi?”
---
“Khusnudzan anti terlalu tinggi.”
---
Aku tersenyum. Sikap tawadhu’mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan shalat. Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.
---
“Saya malu kepada Allah,” ujarnya lirih.
---

“Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?”
---
“Apa keinginan anti, Aida?”
---
Aida menghela nafas panjang.
---
“Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi,” lanjutnya seolah tidak menghiraukan. “Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati tersendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?”
---
Aku tertunduk dalam-dalam.
---
“Anti tahu,” sambungnya lagi, “Saya ingin sekiranya boleh mendampingin orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…”
---
Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal iti tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?
---
“Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?” desisku.
---
Aida meramas tanganku. “Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan yang buruk untuk yang buruk juga?”
---
“Anti tak tahu,” air mata mengalir tiba-tiba. “Anti tak tahu apa-apa tentang mereka.”
---
“Mereka?”
---
“Ya, mereka,” ujarku dengan kemarahan terpendam. “Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah wanita.”
---
“Ukhti!”
---
“Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da’wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rsulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.”
---
“Ukhti, jangan su’udzan dulu. Setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan shalihah?”
---
“Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?”
---
“Ya, memang…”
---
“Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?”
---
“Anti berprasangka terlalu jauh.”
---
“Tidak,” aku menggelengkan kepala. “Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizik belaka..”
---
“Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan.”
---
Ia orang yang aktif berda’wah di kampus ini, ukh.”
---
Aida memejamkan mata. Bisa kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap,
---
“Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan bocah-bocah Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?”
---
Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam.
---
####

Akhifillah,
Mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhawat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diridhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya? Ada riya’, ada su’udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? –‘Afwan.
---
Akhifillah,
Surat ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu, silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya. Jesteru, kini saya merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.
---
Akhifillah,
‘Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insya Allah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan saya yang riya’ maupun tidak ikhlas. Wallahua’lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan Allah. Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.
---
Akhifillah,
Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita shalat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.
---
Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku, saya persembahkan bingkisan indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal. Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.

---
IDEALNYA SEORANG PEMUDA

---
Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas, Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi, rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari, asri
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali Papa Abu Dzar Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gulita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan upeti
Ia manuju bintang Menggapai malaikat
Ia tentang tindak kuffar Pola aniaya di mana saja
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?

ISLAM HADHARI???


Monday, February 12, 2007

Yang mana satu??

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..Diparut..Diperah..Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..hanya orang yang bertuah..
Beruasaha menyelami dasar lautan..Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..Dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi..pilihlah samada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
menjadi penyedap makanan..diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisa habis ditelan..dan santan hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulutpanggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam..
sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang..
namun kiranya ditemui insan..akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman..atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..makin lama mutiara tertanam..makin tinggi nilaian..
OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..
Menjadi santan..mudah jadi perhatian..tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..Menjadi mutiara..sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

p/s: 'fitnah terbesar bg umatku di kemudian hari adalah wanita'
marilah kita sama2 menjaga diri supaya tidak membebankan lelaki dengan fitnah2 yg ada pada kita.. insyaAllah..

Friday, January 26, 2007

bila banyak masa, kita jadi takde masa!!

Berhari2 dok di rumah..tapi tak tau apa yang dah dibuat di rumah.. buku2 n kertas2 yg penuh ngan slides tak habis dijamah pun..esok dah nak balik ke uia.. rasa berat sungguh..lagi2 memikirkan exam yang akan dihadapi..tak ready!! hmm... ni la manusia.. banyak mana diberi masa pun masih tak cukup.. lumrah kaum yang terdahulu.. Allah dah ceritakan di dalam Al-Quran.. segolongan manusia yang minta dihidupkan semula dan berjanji akan beribadah sebaik mungkin... tapi semuanya tu sia2... tiada lagi peluang kedua.. so, grab the opportunity..time doesn't knock u twice! bak kata RD.. Discover a new you.. bersama mereformasikan diri..salam hijrah 1428H..Membangun Bersama Islam.. Takbir!!!

Thursday, January 25, 2007

ke mana harus ku campak perasaan ini?

aduhai... rendahnya rasa diri ini... berada di kalangan adik2, sahabat2, dan kakak yang diiktiraf potensinya.. rasa tak layak nak membawa apa yang diamanahkan... ditambah2 lagi dengan subworker yang didatangkan sumenya hebat2 belaka... perasaan ini sememangnya sudah lama didiamkan..tapi akhirnya terbongkar jua pada malam isnin, 21hb Jan... minta sangat2 pada sahabat2 semua... jgn lupakan kami di Kuantan.. jgn asingkan kami...