sudah terlalu lama saya tak mengupdate blog ni.. tak wujud alasan di sebaliknya.. Cuma yang pasti saya kurang berkesan mengurus kesibukan yang melanda diri saya dgn baik.. tak sabar rasanya nak menghabiskan practical yg berbaki 2 minggu lagi.. dalam masa yang sama saya kena all out utk project saya nanti… reports writing and slides presentation dah mula beratur menunggu giliran.. amanah baru yg tersandang sewaktu usrah cawangan berlangsung di rumah saya tak mampu lagi utk saya selesaikan dan terjemahkan ke dalam bentuk yg lebih ‘cantik’.. persediaan utk menghadapi sem baru masih lagi kucar kacir… hmm sy kena duduk dan bertenang utk menyusun kembali semua kerja2 saya mengikut priority..
tetapi dalam kecelaruan tu, sy masih lagi sempat mengikuti konvesyen para daie di gombak hehe.. konvesyen tersebut bertujuan utk memberi pendedahan kpd para du’at strategi2 utk mendekati remaja masa kini dalam membawa mereka mencintai Islam dan seterusnya menjadikan Islam as a way of life… 20 tahun akan datang.. golongan inilah yang akan menjadi pemimpin masyarakat.. pastinya cara mereka memimpin akan didasari dengan fikrah mereka yg ditanam sepanjang mereka mempelajari kehidupan.. jika tepesong fikrah mereka maka binasalah masyarakat Islam.. justeru itu, segala perancangan utk pentarbiyahan gol remaja harus dipandang serius oleh semua pihak…
saya mahu mengajak sahabat2 berfikir dengan lebih jauh lagi.. perasankah sahabat2 dengan generasi kecil yg ada sekarang.. anak2 kecil yg berumur dalam 3-9 tahun.. digalakkan utk menyertai rancangan2 hiburan yg tersedia di televisiyen..tak perlu saya sebut nama siaran utk kanak2 tersebut.. rasanye semua pun tahu
“ apa yg awak buat kalau jumpa lelaki/perempuan yg awak suka?”
Saya tak tahu atas motif apa soalan ini ditanyakan.. adakah utk menguji kreativiti kanak2? Pada saya, tidak sama sekali!!!
Dan yang memeranjatkan saya.. jawapan seorang kanak2 lelaki berumur 6 tahun..
“saya nak bawa dia pergi hotel”
Jawapan tersebut disambut dengan gelak ketawa hadirin yg gamat dan siulan nakal penonton studio.. beristighfar saya di dalam hati.. beginikah pewaris perjuangan yg kita harap2kan dapat menyambung jerih payah Rasulullah… kanak2 kecil diacu sebegitu rupa.. Al-Quran dan hadith sudah jauh tertinggal di belakang...
kesimpulannya, bukan sahaja remaja yg perlu kita titik beratkan.. tetapi juga golongan kecil molek yg sudah didedahkan awal2 lagi dunia hiburan kepada mereka.. hmm.. saya sedang berusaha mempraktikkannya pada 5 anak sedara saya.. menerapkan nilai2 Islam supaya terkesan dalam lubuk hati mereka..
2 Comments:
At May 26, 2008 at 4:07:00 AM GMT+8 ,
Anonymous said...
nice! penulis dah kahwin nanti jangan lupa amalkan tarbiah untuk anak-anak, bleh bukak nursery untuk anak-anak kami nanti! :)
At May 28, 2008 at 11:00:00 PM GMT+8 ,
sweet plum said...
wah..jaed seperti dapat membaca fikiran saya.. sahlah kita ni sefikrah! jaed jgn lupa antar anak2 gi regist ye :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home