irhamna ya Rahman

perjalanan mencari keredhaanMu bukannya mudah..pasti wujudnya ranjau duri yang tak terjangkau oleh fikiran kita.. kuatkan hati kami Ya Allah..berkati kami..redhai kami..irhamna ya Rahman ya Rahiim..

Tuesday, October 28, 2008

Perjuangan & Pengorbanan : Irama dan lagu?


Wahai hamba yang beribadat di dua tanah haram
Kiranya engkau melihat keadaan kami
Nescaya akan engkau sedari betapa ibadatmu hanya mainan dan sia-sia

Sebagai orang yang mengalir air mata di pipinya
Maka di tengkuk-tengkuk kami mengalir darah-darah kami

Perjuangan dan pengorbanan adalah dua perkataan yang tak boleh dipisahkan. Umpama irama dan lagu, sentiasa bergerak seiring sejalan, jika tiada salah satu, maka tidak sempurnalah yang satu lagi. Tidak keterlaluan jika ana katakan perjuangan dan pengorbanan ibarat sepasang kekasih yang saling memerlukan, seperti iman dan amal yang saling melengkapkan. Acapkali kita mendengar ustaz-ustaz di dewan kuliah menekankan bahawa hidup ini adalah perjuangan.. tetapi perjuangan yang bagaimana? Jihad qital? Jihad hawa nafsu?



Perjuangan adalah tuntutan akidah.. sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ‘sesiapa yang mati sedang dia tidak berjuang dan tidak pernah berniat untuk berjuang maka matinya adalah mati Jahiliyah.’ Kepentingan berjuang juga turut digambarkan di dalam petikan syair di perenggan awal artikel ini. Syair Arab tersebut dinukil oleh Abdullah Ibnu Mubarak dan ditujukan kepada Fudhail bin Iyadh seorang abid yang tekun beribadah siang dan malam. Ucapan ini menyebabkan Fudhail tersedar, langsung mencampakkan tasbih di tangan dan bangkit mengambil pedang utk berjuang bersama Abdullah Ibnu Mubarak. Ternyata, perjuangan ini sangat penting jika dibandingkan dengan beribadah semata-mata.



Bagaimana pula dengan diri kita sahabat-sahabat? Adakah kita sedang berjuang sekarang? Jika benar, keluarkan bukti-bukti pengorbanan yang kita lakukan dalam merealisasikan perjuangan kita ini. Masa tidur kita? Wang ringgit? Tenaga untuk naik ke KOM utk meeting secara adhoc? Ataupun mungkin kita sedang khusyuk ‘beribadah’, dalam konteks semua perkara yang dilakukan adalah ibadah jika diniatkan kerana Allah, termasuklah study. Semua sedia maklum, situasi sekarang bolehlah dikatakan seperti waktu kecederaan. Seminggu sebelum exam bermula.. uzlah akan bermula di setiap bilik.. panggilan jihad sayup-sayup kedengaran.. hanya tinggal kita dan diri kita.. tepuk dada tanya iman.. wallahu a’lam..



Seruan untuk sahabat-sahabat final year, peluang kita utk berjuang di kampus masih berbaki satu sem lagi.. harap kita dapat pergunakan sebaiknya.. perasaan yang sama timbul kembali.. perasaan sedih dan bimbang.. perasaan sewaktu khatam Quran di DQ dan sewaktu Ustaz tasmi’ menggugurkan hukum wajib utk kami menghadiri kelas iadah di kampus kuantan.. rasa kehilangan satu pressure yang memastikan kami sentiasa melakukan apa yang sepatutnya dilakukan.. situasi yg sama.. akan terlepas dr kawalan manusia.. Cuma kekuatan diri akan mengingatkan kita mengenai kawalan Allah.. Moga kita semua thabat dalam perjuangan ini.. InsyaAllah..



Seruan untuk semua sahabat2, manfaatkan 5M dalam kehidupan seharian.. InsyaAllah hidup akan menjadi lebih baik.. peringatan untuk diri ana juga.. Muraqabah, Muhasabah, Mu’aqabah, Mu’ahadah, dan Mujahadah.. Selamat menduduki peperiksaan dunia kepada semua.. bittaufiq wan najah!!!

SALAM MUJAHADAH.. kerana BERJUANG ertinya BERKORBAN.. berkorban ertinya MENDERITA.. menderita ASAM GARAM PERJUANGAN!!

5 Comments:

  • At November 11, 2008 at 3:32:00 PM GMT+8 , Blogger Khaulah Azwar said...

    Salam juang buat kakak yang saya hormati..
    huhu, rasa sedih pulak bila ingat akak dh takde sem dpn..
    selamat menempuh ranjau, liku, onak dan duri yang pastinya sentiasa menemani hidup seorang pejuang..
    Perjalanan hidup ini terkadang di luar perancangan kita dan terkadang tidak pernah terbayangkan oleh kita..itulah tarbiah Allah buat kita,kan? Insya-Allah smg Allah terus memberi kekuatan kpd akak, kpd sy dan semua shbt2 kerana yakin dan pasti dgn janji Allah itulah kemanisan buat kita =)
    ~moga syahid adalah DAMBAAN kita~

     
  • At November 17, 2008 at 6:11:00 PM GMT+8 , Anonymous Anonymous said...

    terima kasih adik tersayang.. betul..rase sedih tinggalkan UIAM Kuantan ni.. byk tul kenangan.. barang pun byk nak kena bawa balik.. huhu

    betul..perjalanan hidup kita mmg di luar perancangan kita..tapi apapun..kita tetap kena merancang kan.. Allah bg apa yg terbaik di sisiNYA.. bukan yg terbaik di sisi kita.. sama2 kita berdoa moga thabat dalam perjuangan ini InsyaALLAH.. =)

     
  • At December 30, 2008 at 4:20:00 PM GMT+8 , Anonymous Anonymous said...

    Salam...Jangan sedih2 ye...Allah bersama kita

     
  • At January 3, 2009 at 1:49:00 AM GMT+8 , Blogger Nusaybah Jr. said...

    Jeneral!..
    engat tak citer kita masa KAMIK 2 hari tu..
    hmm..main cup tiang..
    dan banyak lagi..tak tertulis kenangan yg tak terlisan..
    terima kasih kak atas perkongsian pintar sebagai seorang yg sangat kakak bagi kami..
    moga kak dayah tetap menjadi kak dayah@nenek kepada saya..

     
  • At January 31, 2009 at 3:45:00 PM GMT+8 , Anonymous Anonymous said...

    hmm khai.. seorg yg sangat kakak?? camane tu ye.. sangat tua ke.. hehe.. ingat lagi la adik.. kenangan cup tiang.. kenangan tjg lumpur.. kenangan buke pose kat pdg depan masjid.. bykla kenangan.. seronok ada adik cam awak.. serius!! betul-betul punye kejadian ni..hehe

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home