irhamna ya Rahman

perjalanan mencari keredhaanMu bukannya mudah..pasti wujudnya ranjau duri yang tak terjangkau oleh fikiran kita.. kuatkan hati kami Ya Allah..berkati kami..redhai kami..irhamna ya Rahman ya Rahiim..

Friday, April 9, 2010

setahun sudah..

setahun sudah.. setahun sudah saya menamatkan pelajaran.. setahun sudah saya bergelar isteri kpd insan yg saya cintai.. setahun sudah kami hidup berdikari, berasingan dari ibu dan ayah.. boleh dikatakan setelah menamatkan zaman student n status single.. kehidupan saya berubah hampir 100 peratus.. perubahan yg membawa impak positif dalam hidup saya.. yg menjadikan saya lebih matang.. pengalaman setahun di alam rumahtangga banyak mendidik saya.. Alhamdulillah.. Allah kurniakan saya insan yang memahami.. yg sangat mengambil berat ttg diri saya.. yg sentiasa membuat sy bersyukur kerana mengahwininya.. terima kasih ya Allah.. terima kasih Abang..

jika dari segi pekerjaan, pelbagai ilmu dan pengalaman sy peroleh.. dr guru ganti sekolah rendah, pegawai zat makanan..hinggalah ke preschool teacher.. sudah tentulah yg paling best adalah guru tadika! hehe.. terlibat secara kebetulan.. pengusaha tadika modul little caliph di GMI (German Malaysian Institute) adalah kakak kepada ustazah kesayangan saya.. Ustazah Hamidah.. Kami pernah berjumpa dahulu tak silap 7 tahun yg lepas.. masa walimah ustazah.. serentak dgn kak fizah.. kami yg ber13 ni menyebok berkampung di sana.. wat hantaran.. hias pelamin haha bile tgk balik gambar tu kat rumah kak fizah.. lawak je rase.. muka childish.. perangai? paham2 je la banat persijilan batch kami.. rindu suasana dulu2..

bekerja dgn kak fizah mengingatkan saya ttg ustazah.. ketegasannya, suaranya, cara bercakap, selalu beri petua, suka bercerita, sampai cara gelak pun sama.. pendapat sy diakui juga oleh Aini.. Aini sempat kerja sebulan di situ.. selain selesa dgn bos saya ni.. byk sgt ilmu baru yg saya dapat sepanjang bekerja di sini.. its all about early childhood education!! the most crucial part in children growth.. time ni la.. 3 to 6 years old.. psikologi kanak2.. multiple intelligence yg ada pada mereka.. sgt2 mengkagumkan.. saya juga dah ada sedikit ilmu utk mengajar budak 4 thn membaca tanpa mengeja.. mcm mustahil tapi tak.. saya dah jadi sgt jatuh cinta ngan kanak2.. mungkin pengaruh baby dalam perut juga.. setiap hari sy ditanya.. "teacher, bile baby teacher nak kluar.." seronok bekerja ngan kanak2 ni.. byk yg saya nak share di sini.. insyaAllah sambung lagi entri akan datang.. wassalam

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home