irhamna ya Rahman

perjalanan mencari keredhaanMu bukannya mudah..pasti wujudnya ranjau duri yang tak terjangkau oleh fikiran kita.. kuatkan hati kami Ya Allah..berkati kami..redhai kami..irhamna ya Rahman ya Rahiim..

Wednesday, December 17, 2008

Hati

Seluruh benda ada hati
Bahkan yang hidup mesti ber 'hati'
Hati manusia sering mati
Kerana hendak ikutkan hati

Maka ramailah yang mati
Ubat hospitalpun diberi
Hati tetap sakit tidak terperi
Lupa akan hakikat diri

Bila mana hati tidak dipatri
Dengan IMAN dan TQAWA sekali
Menyebabkan manusia lupa diri
Seakan dunia ku miliki

Namun pabila hati bersih
Unggul dan tidak tersisih
Menjadi masyarakat bertindih
Tembus akhirat nan kasih

Ia ibarat raja yang memerintah
Memiliki kerajaan yang bermegah
Pengikut rakyat jelata yang petah
Taat setia mengikut perintah

Tak kala diserang musuh
Perisai dan tombak dihubuh
Hulubalang pun bersimpang siuh
Ingin berjasa dan tidak mengeluh

Mengingatkan kita akan bersarnya
Peranan hati manusia
Membentuk peribadi dan senjata
bilamana sering disiram dengan baja

Hati yang bersih perlu semaian
IMAN dan TAQWA sebagai pakaian
Agar mudah megikut Qalam TUHAN
Menjadi manusia ikut ARAHAN

2 Comments:

  • At December 17, 2008 at 10:28:00 PM GMT+8 , Blogger Khaulah Azwar said...

    Kakak, huhu..tak puas sembang ngan akak,haha..
    Slmt bermujahadah kakakku..
    Hasilkan the best research ek!
    TQ for diz nice poem,hehe,poem ke?
    Jagalah hati, jgn kau kotori...lalala..lagu senada (n_n)
    kangan!!

     
  • At December 18, 2008 at 4:50:00 PM GMT+8 , Blogger sweet plum said...

    adikku sayang...

    sampai bila pun rindu kita takkan berkesudahan.. cewah.. jiwang tak..hehe.. thanks atas panggilan rindu smlm.. hmm the best research?? tak taula dik.. i'll put my best effort k.. thanx for da support!!

    kangan jugak dik =)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home