irhamna ya Rahman

perjalanan mencari keredhaanMu bukannya mudah..pasti wujudnya ranjau duri yang tak terjangkau oleh fikiran kita.. kuatkan hati kami Ya Allah..berkati kami..redhai kami..irhamna ya Rahman ya Rahiim..

Friday, July 16, 2010

rinduku bertaut



hari itu hari Rabu.. 16 Jun 2010.. hari itu sy sgt teruja.. sebab apa? kerana saya akan berjumpa Ustazah kesayangan setelah hampir 6 thn tak bersua muka.. kpd baby dlm kandungan, awal2 pg lagi saya dh bgtau.. 'hari ni ummi nakbawa baby jumpa ustazah ummi'..

Ustazah Hamidah dtg dr JB khusus utk beri pgisian rohani pada cikgu2 tadika Little Caliphs GMI.. sy yg dapat tahu berita kedatangan Ustzh dr Kak Fizah sudah bertekad dgn Aini utk berjumpa beliau.. Abang dengan senang hati ambil half day atas pmintaan saya.. terima kasih Abang atas keprihatinan Abang.. adik istimewa saya pun dibawa bersama memandangkan sume family saya bercuti di London..

Kali ini pertemuannya istimewa sebab saya bukan sahaja berjumpa dgn ustazah malah 4 hero2 beliau.. Ustzh kata jaga 4 hero ni sama dgn jaga 1 kelas budak tadika..hehe..mmg aktif..panjat sana,lari sini, cuit situ..mmg tak duduk diamla.. ustzh kata tu la rahsia maintain kurus walaupun anak dah 4.. mmg betul ustzh tak berubah dr segi fizikal.. saya je yg berubah.. maklumla berbadan dua.. kami bertemu hanya 1 jam tapi cukup utk mgubat rindu saya.. ustzh skrg adalah full time housewife.. sambil2 tu ade menerima jemputan ceramah utk muslimat dan motivasi di sekolah2.. saya kagum bila mdengar ustzh tetap membawa 4 hero menemani beliau sewaktu ceramah.. siap duduk depan lagi berderet2.. dalam sesi ceramahnya ustzh ada menyelitkan modul membaca surah Fatihah sebanyak 17 kali sama bilangan dgn 17 rakaat kita solat seharian.. habis sahaja bacaan kali ke 17, keempat2 mereka tertidur di kerusi masing2.. hebat penangan Surah Fatihah..berjaya menidurkan 4 hero yg aktif..

ustzh kata lagi kami sudah berjumpa di Alam Ruh.. sebab itu di dunia kita dapat berjumpa.. Allah juga mengumpulkan manusia bersama2 dengan manusia lain yg lebih kurang ciri ketaqwaannya.. sebab itulah kita digalakkan bergaul dgn org2 soleh.. supaya kita sedikit sebanyak dpt mencontohi akhlak org soleh tersebut..sekaligus dapat meningkatkan keimanan kita wpun mgkin tak setanding org soleh tersebut..

Byk lagi nasihat ustzh pada kami.. tapi yg paling buat sy terharu..sewaktu sy baru nak bgn bersalam wida' dgn ustzh..tiba2 beliau melutut di depan saya dan merapatkan mukanya di perut saya.. Ustzh memperkenalkan diri beliau dan byk berpesan pd baby.. minta jadi anak soleh, dgr cakap ibu ayah, dan bersedia utk melangkah ke alam dunia.. ustazah pesan ttg musuh2 yg ada di dunia.. hawa nafsu, munafik, org kafir, syaitan.. ustzh jg berpesan supaya baby beriltizam utk jadi pejuang Islam!! akhir sekali ustzh mmbaca doa dan mengucup perut saya.. terharu sungguh saya rasa.. pertemuan yg singkat tapi mmbawa kesan yg mendalam..

PERIHAL NAMA

Sebagai bakal ibu bapa..pasti kami tak lari dr berbincang ttg nama anak kesayangan.. tak sgka rupanya saya dan Abang sependapat.. sewaktu blaja di DQ lagi saya punya azam utk menamakan anak saya dgn nama yg pendek sahaja.. ini hasil dr MUNAMI (Munaqasyah Ilmiah) kami brsama Ustzh.. beliau menyebut.. Rasulullah tidak gemar nama yg muraqqab.. nama yg bersandar2.. mempunyai 2 perkataan atau lebih.. Nabi suka nama yg ringkas,mudah dan pastinya mempunyai maksud yang baik.. 4 hero ustzh sendiri namanya Abdullah, Ahmad, Ali dan 'Asim.. cuma yg sulung kebetulan lahir sewaktu Syawal lalu ustzh teringin menambah Fitri di belakang nama Abdullah..itupun sewaktu mendaftarkan nama Abdullah Fitri di Mesir, ramai org Mesir mempersoalkan perkataan Fitri krn pd mereka tak sesuai dijadikan nama org.. dan Alhamdulillah kebetulan Abang pun mmg mahukan nama yg pendek cuma ada syarat tambahan, nama tersebut mesti ada dalam Quran.. dengan bergurau saya berkata..'nama Firaun pun ada dalam Quran kan bang'.. 'Hish.. kita ambil nama yg elok la..' terus Abang menjawab.. setakat ni kami sudah pun mempunyai 1 nama utk baby girl dan boy.. sy pun dah minta pdpt ustzh dan beliau pun memberi galakan pd kami.. teringat saranan nama dr anak sedara yg berumur 6 thn..'bgla nama baby Umi De nama Dora.. nanti mestipandai' tergelak saya.. aduhai pengaruh kartun memang tak boleh dihakis dr kanak2.. terpengaruh dgn Dora the Explorer la ni.. macam2..

sewaktu entri ni ditulis..3 sahabat sy sudah selamat melahirkan permata hati masing2.. saya tumpang gembira.. sambil tu berdebar2 bila agaknya giliran saya pula.. mg shbt2 dpt mendoakan sy dan baby selamat InsyaAllah.. Amiiin..

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home